50 peratus majikan sahaja akur Akta 446

Justeru, majikan selebihnya perlu meningkatkan kebajikan pekerja meliputi aspek antaranya kesihatan, kebersihan dan keselamatan tempat tinggal

5:51 PM MYT

 

KULIM – Hanya 50 peratus majikan di seluruh Semenanjung mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan) 2019 (Akta 446), kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) Mohd Asri Abd Wahab.

Justeru, beliau berkata majikan selebihnya perlu meningkatkan kebajikan pekerja meliputi aspek antaranya kesihatan, kebersihan dan keselamatan tempat tinggal pekerja mereka.

“Saya harap majikan dapat tampil bertemu dengan JTKSM bagi mendapatkan nasihat untuk memastikan penginapan yang mereka sediakan kepada pekerja menepati syarat termaktub di bawah akta,” katanya kepada pemberita selepas Op Walit di beberapa buah premis di Taman Tiram di sini hari ini.

Dalam operasi itu, sebanyak lapan blok rumah kedai yang dijadikan asrama untuk pekerja tempatan dan warga asing membabitkan pelbagai sektor pekerjaan, telah diperiksa.

“Operasi hari ini tertumpu kepada isu penyediaan penginapan dan kita juga memeriksa sama ada majikan yang menempatkan pekerja mereka di deretan rumah kedai ini telah memperoleh Sijil Perakuan Penginapan atau sekurang-kurangnya telah memohon perakuan tersebut.

“Hasil pemeriksaan, walaupun majikan menyediakan penginapan tetapi ia tidak mempunyai Sijil Perakuan Penginapan daripada JTKSM, malah tiada rekod permohonan perakuan penginapan seperti yang tertakluk dalam Akta 446,” katanya.

Sehubungan itu, katanya sebanyak 23 kertas siasatan dikeluarkan hari ini melibatkan beberapa kesalahan di bawah Akta 446 seperti tiada Sijil Perakuan Penginapan, tidak menyediakan katil, tilam, almari berkunci dan tandas seperti digariskan di bawah akta berkenaan.

“Kesemua kesalahan ini boleh dikenakan denda hingga RM50,000 bagi setiap kesalahan.

“Melihat kepada data berhubung Akta 446, bagi 2023 sahaja sebanyak 392 kertas siasatan telah dibuka dan daripada jumlah itu 284 kertas siasatan telah diberikan tawaran kompaun berjumlah RM2.71 juta,” katanya.

Sebanyak 30 pegawai penguat kuasa terbabit dalam Op Walit yang dilaksanakan JTKSM dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Kedah hari ini. – 29 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Full trial for Sabah Law Society vs Putrajaya over state’s 40% grant

Federal Court dumps Attorney-General’s bid to stop the society’s judicial review against federal government over state’s revenue rights under the Malaysia Agreement 1963

Ipoh’s creative scene makes it to Unesco Creative Cities Network listing 

Perak’s capital city, Ipoh, can now boast of being the first city in Malaysia to have its media, arts, and music scene recognised by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation.

Related