Tindakan tangani ketirisan wang awam, perkukuh hak Mahkamah Syariah dibincang di Parlimen

Persoalan mengenai isu ketirisan wang dan teguran dalam LKAN itu akan diajukan Wong Kah Woh (PH-Taiping) kepada Perdana Menteri pada sesi soal jawab

8:27 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan kerajaan dalam menangani ketirisan wang awam dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2020 dan 2021 serta pengukuhan hak dan kedudukan Mahkamah Syariah antara isu akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, persoalan mengenai isu ketirisan wang dan teguran dalam LKAN itu akan diajukan Wong Kah Woh (PH-Taiping) kepada Perdana Menteri pada sesi soal jawab.

Pada sesi sama, Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) pula meminta Perdana Menteri menyatakan usaha mengukuhkan hak dan kedudukan Mahkamah Syariah seperti termaktub dalam Perlembagaan serta memperluas fungsinya untuk mengangkat martabat undang-undang syariah di negara ini. 

Selain itu, Hassan Saad (PN-Baling) bertanyakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengenai usaha kerajaan dalam mengawal harga barang seperti gula, beras dan barang-barang asas lain yang kini banyak membebankan rakyat.

Sementara itu, V. Ganabatirau (PH-Klang) turut mengajukan soalan kepada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan mengenai dasar yang baharu supaya penglibatan lebih menyeluruh Ahli Parlimen dalam penyeragaman dasar tempatan kawasan masing-masing.

Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) pula bertanyakan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengenai usaha kementerian untuk memperluas penggunaan perkhidmatan Internet melalui Starlink dengan melancarkan satelit milik negara.

Usai sesi itu, tumpuan akan terarah kepada sesi penggulungan bagi peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 oleh setiap kementerian.

Penggulungan oleh kementerian itu dijadual berlangsung selama empat hari bermula hari ini dan seterusnya diikuti perbahasan rang undang-undang tersebut bagi peringkat jawatankuasa selama 12 hari bermula 6 November.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Oktober hingga 30 November. – 30 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Pardons Board should disclose reasons behind Najib’s sentence reduction, urges Ramkarpal

The Pardons Board should disclose the reasons behind its decision to grant ex-prime minister Datuk Seri Najib Razak a reduced prison sentence and fine, said Bukit Gelugor MP Ramkarpal Singh.

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Related