Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1698652948:17
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:162:"Menurut Anwar, M’sia berpendirian tegas dalam isu itu kerana konflik tersebut bukan berlaku dua minggu lalu tetapi diistilahkan sebagai politik perampasan kuasa";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Pendirian berbeza Malaysia dan Singapura berhubung konflik Israel-Palestin tidak akan menjejaskan hubungan dua hala diplomatik kedua-dua negara itu.
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 130157
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 322
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750761601";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:10;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750761601
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Palestin
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 59
        )

)
Konflik Israel-Palestin: hubungan M’sia, S’pura tak terjejas, kedua-dua negara sokong resolusi gencatan senjata, bantuan kemanusiaan | Scoop

Konflik Israel-Palestin: hubungan M’sia, S’pura tak terjejas, kedua-dua negara sokong resolusi gencatan senjata, bantuan kemanusiaan

Menurut Anwar, M’sia berpendirian tegas dalam isu itu kerana konflik tersebut bukan berlaku dua minggu lalu tetapi diistilahkan sebagai politik perampasan kuasa

2:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pendirian berbeza Malaysia dan Singapura berhubung konflik Israel-Palestin tidak akan menjejaskan hubungan dua hala kedua-dua negara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, apa yang penting ketika ini, kedua-dua negara itu sama-sama menyokong resolusi gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza menerusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

“Pendirian bersama kami menyokong resolusi PBB mengenai gencatan senjata. Itu bagi saya begitu kritikal buat masa ini. 

“Dan bantuan kemanusiaan… pendirian itu disokong bersama oleh kedua-dua negara dan juga majoriti negara di dunia,” katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong di Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura ke-10 di Singapura, hari ini.

Menurutnya, Malaysia berpendirian tegas dalam isu itu kerana konflik tersebut bukan berlaku dua minggu lalu tetapi diistilahkan sebagai politik perampasan kuasa.

“Negara itu (Israel) tidak boleh terus menjajah bahagian tanah Palestin. Tetapi apa yang kritikal buat masa ini sudah tentunya keamanan dan menghentikan pembunuhan orang awam, bayi… manusia.

“Sudah tentu sentimen di Malaysia sangat kuat dan saya juga berhubung dengan ramai pemimpin Arab dan menyatakan pendirian bahawa kami menyokong penyelesaian secara aman dan penyelesaian segera konflik itu, tetapi bantuan kemanusiaan menjadi keutamaan,” katanya.

Sementara itu, Hsien Loong berkata, pendirian Singapura berbeza dengan Malaysia kerana negara tersebut mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Bagaimanapun, katanya, Singapura mengecam insiden keganasan dan pembunuhan beramai-ramai membabitkan nyawa mereka yang tidak bersalah dalam konflik itu.

“Saya tidak fikir ia akan menjejaskan hubungan dua hala kami. Saya rasa kami masing-masing menyatakan pandangan mengenai apa yang berlaku di Timur Tengah. Singapura telah pun membuat kenyataan berulang kali mengenai perkara ini dan mengutuk keganasan serta tragedi pembunuhan beramai-ramai.

“Saya rasa rakyat Singapura memahami pendirian kami. Malaysia juga telah menjelaskan pendiriannya. Keadaan tidak sama dengan kami kerana kami mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel tetapi pada masa sama, kami juga mempunyai hubungan mesra dengan pihak berkuasa Palestin,” katanya.

Justeru katanya, pendirian berbeza itu tidak akan menjejaskan kerjasama dan hubungan dua hala antara Singapura dan Malaysia.

“Jadi situasi diplomatik (kedua-dua negara) tidak sama, tetapi tidak ada sebab perkara itu menimbulkan kesulitan antara Malaysia dan Singapura.

“Dan… (kami) berharap kedua-dua negara, kedua-dua pihak boleh mencapai kemajuan ke arah penyelesaian dua negara yang dirundingkan ke Timur Tengah,” katanya.

Terdahulu, Anwar ketika berucap dalam Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin baru-baru ini mengakui menerima banyak ugutan dan teguran oleh negara-negara yang cenderung kepada Israel khususnya Amerika Syarikat (AS). 

Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan, beliau tidak takut dengan ugutan pihak menyokong Israel ekoran kelantangannya memperjuangan rakyat Palestin. 

Kata Anwar, beliau akan terus mempertahankan Palestin selagi diberi mandat sebagai Perdana Menteri di samping menerima sokongan padu seluruh rakyat Malaysia. – 30 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related