Perkembangan ringgit tidak jejaskan prospek pertumbuhan ekonomi negara: PM

Perdana Menteri turut berkata, prestasi ringgit dan mata wang serantau lain terus didorong oleh faktor luaran terutamanya jangkaan kadar faedah Amerika Syarikat

11:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perkembangan ringgit dijangka tidak akan menjejaskan prospek pertumbuhan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata prestasi ringgit dan mata wang serantau lain terus didorong oleh faktor luaran terutamanya jangkaan bahawa kadar faedah Amerika Syarikat akan kekal tinggi untuk tempoh yang lama dan faktor geopolitik.

“Usaha kerajaan terhadap pembaharuan struktur termasuk inisiatif menerusi Pelan Induk Perindustrian Baru 2030 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga akan memperkukuh daya saing Malaysia.

“Ini akan meningkatkan daya tarikan negara terhadap pelabur asing, seterusnya membantu pengukuhan nilai ringgit secara lebih mampan,” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 6 Tahun 2023, di sini, hari ini.

Anwar berkata Bank Negara Malaysia (BNM) komited dalam usaha membendung kemeruapan yang berlebihan bagi memastikan pasaran pertukaran ringgit kekal teratur. – 6 November, 2023

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

What unfulfilled Bumiputera rights are you talking about, Kepong MP asks Muhyiddin

Lim Lip Eng slams Muhyiddin’s proposal for a Malay-Bumiputera 'umbrella body,' calling it unnecessary and vague

Related