Pemimpin pembangkang sokong kerajaan: Akmal mohon PM nilai, ‘ia alasan mereka lompat parti tanpa…’

Beliau turut berharap drama politik dicetuskan pemimpin pembangkang itu dihentikan kerana rakyat sudah penat dan muak

7:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menilai semula tindakan empat pemimpin pembangkang menyatakan sokongan kepada beliau, bagi memastikan agenda reformasi Parlimen dapat dilaksanakan dengan baik.

Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, tindakan Ahli Parlimen pembangkang itu seolah-olah mempunyai matlamat untuk melompat parti tanpa keluar daripada gabungan masing-masing.

Ujarnya, ia susulan mereka terikat dengan “akta lompat parti” yang membuatkan mereka menggunakan pendekatan menyokong kerajaan sedia ada.

“Apabila akta anti lompat parti dibawa, (ia) bertujuan menghalang katak-katak politik melompat sesuka hati, sekali gus tidak ada lagi drama politik berpanjangan dan wakil rakyat dipilih boleh terus fokus berkhidmat untuk rakyat yang memilih mereka dan parti mereka wakili.

“Tetapi rupa-rupanya walaupun akta anti lompat parti sudah diluluskan, katak-katak ini tetap melompat menggunakan nama lain sahaja, iaitu menyokong kerajaan tanpa keluar parti. Jadi nama yang digunakan walaupun berbeza tetap sama tujuannya, (iaitu) untuk katak-katak ini melompat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

“Saya mohon agar PMX (Perdana Menteri) untuk menilai semula mereka-mereka yang melompat ini agar agenda reformasi Parlimen dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai tujuan sebenar reformasi terbabit,” katanya.

Dr Akmal berkata, beliau berharap drama politik dicetuskan Ahli Parlimen pembangkang itu dihentikan kerana rakyat sudah penat dan muak dengan perkara berkenaan.

“Cukup-cukuplah dengan drama politik sebelum ini, rakyat sudah penat dan muak dengan drama politik terbabit”

“Kini adalah masa untuk fokus membantu rakyat,” katanya.

Reformasi Parlimen menyaksikan beberapa perkara ditetapkan untuk memperkasa, termasuk memelihara dan menjadikannya sebagai institusi tertinggi dalam perundangan negara.

Terdahulu, empat Ahli Parlimen pembangkang membuat pengumuman mengejutkan apabila menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri.

Awalnya, sokongan itu dinyatakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, diikuti Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.

Semalam, Ahli Parlimen Gua Musang, Datuk Mohd Azizi Abu Naim mengambil tindakan sama, sebelum Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik turut berbuat demikian. – 8 November, 2023

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

Related