Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1699520582:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 210
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 133577
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:144:"Pihak pendakwa raya menerima notis usul dan afidavit daripada Goldman Sachs pada 7 November lepas dan memerlukan masa untuk meneliti dokumen itu";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => 1MDB Goldman Sachs
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Pihak pendakwa raya menerima notis usul dan afidavit daripada Goldman Sachs pada 7 November lepas dan memerlukan masa untuk meneliti dokumen itu
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749648501";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:13;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749368627";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:7;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749648501
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Permohonan SPRM dapatkan dokumen penyelesaian 1MDB: Goldman Sachs mohon jadi pencelah | Scoop

Permohonan SPRM dapatkan dokumen penyelesaian 1MDB: Goldman Sachs mohon jadi pencelah

Pihak pendakwa raya menerima notis usul dan afidavit daripada Goldman Sachs pada 7 November lepas dan memerlukan masa untuk meneliti dokumen itu

5:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Goldman Sachs Group, Inc (Goldman Sachs) memohon untuk menjadi pencelah dalam permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendapatkan dokumen daripada peguam Chetan Jethwani dan firma guamannya berkaitan proses penyelesaian antara Kerajaan Malaysia dan Ambank serta Goldman Sachs berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How berkata pihaknya menerima notis usul dan afidavit daripada Goldman Sachs pada 7 November lepas dan memerlukan masa untuk meneliti kedua-dua dokumen itu.

“Hari ini ditetapkan untuk pendengaran bagi prosiding memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi lain, namun pendakwaan mohon penangguhan kerana kes ini dicelah oleh Goldman Sachs.

“Pendakwaan mohon isu mencelah ini dapat diselesaikan dahulu sebelum permohonan memindahkan kes didengar,” katanya semasa pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin.

Peguam Datuk Seri K. Kumaraendran, mewakili Chetan tidak membantah permohonan pendakwaan untuk menangguhkan prosiding memindahkan kes.

Sementara itu, peguam Krishna Dallumah yang mewakili Goldman Sachs mengesahkan perkara itu dan memohon supaya 8 Januari 2024 ditetapkan untuk mendengar permohonon pencelah.

“Goldman Sachs ingin menjadi pencelah kerana haknya terjejas khususnya di bawah Seksyen 126 Akta Keterangan 1950 iaitu hak pada dokumen-dokumen yang terlindung,” katanya, yang turut mengendalikan kes bersama peguam Datuk Prem Ramachandran.

Mahkamah menetapkan 8 Januari untuk mendengar permohonan Goldman Sachs sebagai pencelah dan 2 Februari bagi permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi lain.

Pada 11 Oktober lepas, SPRM memfailkan permohonan itu dengan menamakan Chetan dan firma guamannya, Chetan Jethwani & Co sebagai responden. 

Menerusi dokumen yang diperoleh media, SPRM memohon responden mengemukakan 10 dokumen antaranya surat pelantikan Chetan sebagai peguam Goldman Sachs, penyata akaun serta akaun firma guaman itu.

Dokumen itu diperlukan SPRM untuk mengenal pasti pelantikan responden sebagai peguam Goldman Sachs dalam urusan penyelesaian dengan pihak Kerajaan Malaysia berkaitan 1MDB. 

Dalam afidavit difailkan bagi menyokong notis usul berkenaan, Pegawai Penyiasat SPRM Mohamad Sabri Mohd Latif berkata siasatan dijalankan terhadap Chetan dan firma guamannya berhubung penglibatan peguam itu dalam proses penyelesaian antara Kerajaan Malaysia dengan Ambank serta Goldman Sachs dalam isu 1MDB. – 9 November, 2023

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Has J-Kom ‘strayed’ from its true purpose of promoting govt programmes?

Has the Community Communications Department (J-Kom), an agency tasked with disseminating information on the benefits and development of government programmes to the people, “strayed” from its intended purpose?

Related