Ahli Parlimen sokong PM: Bersatu dakwa SPRM terlibat

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, pihak Bersatu sudah mengumpul bahan bukti dan akan membuat laporan polis

12:44 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Parti Bersatu akan membuat laporan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) kerana mendakwa agensi berkenaan terlibat dalam kes melibatkan beberapa Ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mendakwa dalam kes tersebut mungkin ada pegawai tertinggi SPRM yang terlibat.

“Kita dah kumpul bahan dan akan buat laporan polis, SPRM dan kepada SPRM kerana mungkin SPRM juga terbabit. Dalam kes yang disebut tadi mungkin ada melibatkan pegawai tertinggi SPRM.

“Libatkan tauke pangkat Tan Sri, nak ugut kalau (Ahli Parlimen) tak buat… ada elemen intimidation dan untuk dapat tarik sokongan dengan tawaran besar berjuta ringgit,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang diadakan di Ibu Pejabat Parti Perikatan Nasional (PN) di sini, malam ini.

Mesyuarat yang berlangsung selama hampir tiga jam itu dipengerusikan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dihadiri ahli kepimpinan tertinggi, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Datuk Seri Ronald Kiandee, Datuk Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Turut hadir, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Wan Saiful Wan Jan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Mengulas lanjut, Muhyiddin mendakwa Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim sebelum ini memaklumkan kepada mesyuarat Bersatu negeri Kelantan bahawa beliau mendapat tawaran namun semua tawaran tersebut ditolak.

“Namun beberapa hari selepas itu, Azizi mengumumkan menyokong Kerajaan Perpaduan dan kita syak ia melanggar peruntukan SPRM.

“Tindakan ini tidak bertanggungjawab dan telah timbulkan reaksi tidak positif terhadap Bersatu dan kepimpinannya,” katanya.

‘Trend’ memberikan sokongan kepada Perdana Menteri itu bermula dengan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid pada 12 Oktober lalu dan diikuti Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman pada 30 Oktober lalu.

Ia disusuli pula oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik.

Iskandar Dzulkarnain dan Suhaili masing-masing digantung keahlian empat dan enam tahun oleh Bersatu.

Dalam pada itu, Majlis Tertinggi akan membawa kes Azizi serta Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik ke Lembaga Dispilin parti dan hukuman yang bersesuaian akan dikenakan terhadap mereka dalam masa terdekat ini susulan sokongan yang ditunjukkan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri. – 10 November, 2023

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related