Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1699608731:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 428
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 133898
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:142:"Program Tuisyen Rakyat Selangor memberi impak yang sangat besar kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Program Tuisyen Rakyat Selangor
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Program Tuisyen Rakyat Selangor memberi impak yang sangat besar kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 58
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750663904";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:7;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750547755";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:23;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750663904
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Bajet Selangor: Program Tuisyen Rakyat Selangor diperluas kepada pelajar Tingkatan 4 tahun depan | Scoop

Bajet Selangor: Program Tuisyen Rakyat Selangor diperluas kepada pelajar Tingkatan 4 tahun depan

Program Tuisyen Rakyat Selangor memberi impak yang sangat besar kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

5:20 PM MYT

 

SHAH ALAM – Selain pelajar Tingkatan Lima, Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) akan diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Empat bermula tahun depan.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia bagi memenuhi sasaran 200,000 pelajar dalam tempoh lima tahun seperti yang terkandung dalam Tawaran Kita Selangor Kerajaan Perpaduan.

“Ini sekali gus akan menggandakan jumlah keseluruhan pelajar terlibat dalam program itu kepada hampir 120,000 pelajar di seluruh Selangor.

“Justeru, kerajaan negeri akan memberi tambahan peruntukan sebanyak RM3 juta kepada Menteri Besar Incorporated (MBI) sebagai peruntukan PTRS bagi 2024 dan menjadikan jumlah keseluruhan program PTRS 2024 sebanyak RM10 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Selangor 2024 bertema Selangor Mandiri: Memacu Kemajuan, Memicu Perpaduan di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Amirudin berkata, PTRS memberi impak yang sangat besar kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya, PTRS merupakan bantuan pendidikan berbentuk kelas tambahan (tuisyen) kepada pelajar yang memperoleh keputusan sederhana atau lemah dalam pelajaran, khususnya untuk mereka daripada keluarga berpendapatan rendah.

“Pada 2023, MBI dipertanggungjawabkan sebagai agensi pelaksana PTRS. Program ini khusus bagi pelajar Tingkatan 5 yang berjumlah 65,000 di seluruh Selangor.

“Kesemua pelajar ini menerima modul bagi enam mata pelajaran iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Matematik Tambahan.

“Sebanyak 277 sekolah terlibat termasuk Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS). Sejumlah 1,956 guru dan penyelaras turut terlibat dengan kos sebanyak RM7 juta bagi 2023,” katanya. – 10 November, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related