Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1699627094:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 133997
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:156:"Dua daripada sembilan masjid yang dibina Mapim musnah manakala tiga daripada 10 buah ambulans yang dibekalkan tidak dapat dikesan akibat serangan Israel itu";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Gaza kiamat kecil
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Dua daripada sembilan masjid yang dibina Mapim musnah manakala tiga daripada 10 buah ambulans yang dibekalkan tidak dapat dikesan akibat serangan Israel itu
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 54
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 229
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749452815";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:7;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749998183";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:14;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749998183
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Serangan di Gaza ibarat ‘kiamat kecil’, terlalu banyak kematian, kerosakan | Scoop

Serangan di Gaza ibarat ‘kiamat kecil’, terlalu banyak kematian, kerosakan

Dua daripada sembilan masjid yang dibina Mapim musnah manakala tiga daripada 10 buah ambulans yang dibekalkan tidak dapat dikesan akibat serangan Israel itu

10:38 PM MYT

 

KAJANG – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby menyifatkan serangan rejim zionis di Gaza kali ini sebagai yang paling ganas pernah disaksikannya.

Ahmad Sani berkata ini kerana terlalu banyak kematian dan kerosakan berlaku sehingga keadaan di Gaza boleh diibaratkan sebagai ‘kiamat kecil’ akibat serangan rejim Israel yang langsung tidak menghiraukan resolusi oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Mereka tidak hiraukan resolusi dibuat dan paling kita geram apabila sekolah mempunyai lambang PBB juga dibom. Hospital dibina oleh beberapa negara seperti Qatar dan Indonesia turut dibom dan kita lihat seolah-olah sudah terputus kaedah untuk berbuat sesuatu,” katanya kepada Bernama di Wisma Mapim, di sini hari ini.

Menurutnya, sepanjang 35 hari serangan Israel itu, hampir 11,000 nyawa sudah terkorban dengan kira-kira 4,000 daripadanya adalah kanak-kanak.

Ahmad Sani bagaimanapun berkata situasi itu tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat di Palestin melalui Mapim.

Katanya, selama ini, Mapim telah membina sebanyak sembilan buah masjid selain membekalkan 10 buah ambulans di Gaza namun daripada sembilan masjid itu dua daripadanya sudah musnah manakala tiga buah ambulans tidak dapat dikesan akibat serangan Israel itu.

Justeru, katanya, Mapim akan menganjurkan program Himpunan Artis dan Seniman Malaysia Membela Palestin (Haspa), pada 2 Disember ini yang dijangka berlangsung di Shah Alam, Selangor.

“Himpunan ini bagi mendesak hentikan perang serta merta terhadap Palestin dan kami ajak artis dan seniman yang mempunyai banyak pengikut.

“Hal ini kerana kita perlukan rangkaian ini (artis) dengan keikhlasan hati menjadi ‘magnet menyampaikan mesej yang boleh disampaikan kepada pengikut masing-masing,” katanya.

Menurut Ahmad Sani, Mapim juga sedang memohon kerjasama dengan pihak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk menjadi penganjur bersama program itu agar Haspa mendapat sambutan yang lebih meriah lagi. 

Sempena program himpunan bersama artis dan seniman itu juga, Mapim akan melancarkan Tabung Kecemasan Palestin bagi membantu rakyat Palestin di Gaza. – 10 November, 2023

Topics

 

Hangat

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related