Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1699782265:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 351
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 134511
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:130:"‘Saya tak ganggu proses penguatkuasaan oleh pegawai agama dan semua dilakukan secara profesional oleh jabatan JHEAIP’: Mohamad";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Azhar Idrus Pulau Pinang
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => ‘Saya tak ganggu proses penguatkuasaan oleh pegawai agama dan semua dilakukan secara profesional oleh jabatan JHEAIP’: Mohamad
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 63
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750773694";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:14;i:1;}}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750262671";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:16;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750773694
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Pulau Pinang tak larang Ustaz Azhar Idrus sampaikan kuliah, tapi kena ikut garis panduan | Scoop

Pulau Pinang tak larang Ustaz Azhar Idrus sampaikan kuliah, tapi kena ikut garis panduan

‘Saya tak ganggu proses penguatkuasaan oleh pegawai agama dan semua dilakukan secara profesional oleh jabatan JHEAIP’: Mohamad

5:44 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Kerajaan Pulau Pinang menegaskan tidak pernah mengeluarkan arahan untuk menghalang individu tertentu menyampaikan kuliah agama di negeri itu, termasuk penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.

Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohamad Abdul Hamid berkata, pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) pada 23 Oktober lalu jelas menyatakan semua penceramah yang hendak menyampaikan pengajaran di semua masjid dan surau perlu memiliki tauliah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri itu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat negeri berkata, tiada larangan dikenakan kepada sesiapa yang ingin menyampaikan kuliah namun mereka perlu mengikut garis panduan yang jelas.

“Jadi kenyataan menerusi pekeliling itu jelas. Saya tak ganggu proses penguatkuasaan oleh pegawai agama dan semua dilakukan secara profesional oleh jabatan (JHEAIPP),’’ katanya kepada Scoop hari ini.

Datuk Mohamad Abdul Hamid berkata, tiada larangan dikenakan kepada sesiapa yang ingin menyampaikan kuliah namun mereka perlu mengikut garis panduan yang jelas – Gambar Bernama, 12 November, 2023

Beliau mengulas mengenai PAS Pulau Pinang hari ini yang mendesak kerajaan negeri mempertimbangkan semula keputusan menyekat pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus daripada menyampaikan kuliah di negeri berkenaan.

Ketua Penerangannya, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan berkata, pihaknya mengambil berat isu sekatan terhadap asatizah menyampaikan kuliah di Pulau Pinang dengan menggunakan alasan tauliah sedangkan selama ini, masjid dan surau hidup dengan pengimarahan sambil dipantau oleh pihak JHEIPP.

Beliau mendakwa sekatan itu berunsur politik terutamanya daripada pengajar yang dikatakan cenderung kepada parti politik pembangkang, sekali gus menggambarkan satu keputusan yang sangat membangkitkan kemarahan rakyat Pulau Pinang.

Pekeliling yang dikeluarkan JHEAIPP pada 23 Oktober lalu memaklumkan mengenai penstrukturan semula kuliah dan penganjuran aktiviti ilmu di masjid serta surau di negeri ini.

Pengarah JHEAIPP, Datuk Zulkifli Rashid berkata, semua penceramah atau pengkuliah yang hendak menyampaikan pengajaran di semua masjid dan surau di Pulau Pinang mestilah memiliki tauliah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri itu.

Dalam masa sama, penceramah dan pengkuliah yang dijemput itu tidak mempunyai kontroversi terutama berkaitan akhlak, masalah khilafiah, politik kepartian dan seumpamanya.

Datuk Zulkifli Rashid berkata, semua penceramah atau pengkuliah yang hendak menyampaikan pengajaran di semua masjid dan surau di Pulau Pinang mestilah memiliki tauliah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri itu – Gambar JHEAIPP, 12 November, 2023

Awal tahun ini, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengesahkan Ustaz Azhar antara penceramah yang tidak mempunyai tauliah untuk berceramah dan berkuliah di masjid dan surau di negeri itu.

Difahamkan, beliau sudah tiga kali dipanggil oleh pihak berkuasa itu untuk menjalani proses temu duga pemegang tauliah.

Namun pada hujung September lalu, Ustaz Azhar akhirnya menerima tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu untuk tempoh lima tahun.

Sebelum ini, tular video pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias yang mengesahkan beliau telah menerima arahan tidak dibenarkan lagi memberi kuliah di Pulau Pinang selepas 33 tahun berceramah di negeri itu selama ini.

Ucapan beliau itu dipercayai dirakam jemaah di Masjid Al-Ittifaq Sungai Nibong Kecil dan rakaman video berdurasi 3 minit 08 saat itu turut tular di media sosial pada hujung Oktober lalu. – 12 November, 2023

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Has J-Kom ‘strayed’ from its true purpose of promoting govt programmes?

Has the Community Communications Department (J-Kom), an agency tasked with disseminating information on the benefits and development of government programmes to the people, “strayed” from its intended purpose?

Related