Polis sahkan terima dua laporan terhadap Siti Mastura

Laporan itu termasuk yang dibuat sekumpulan individu daripada Kelab DAP Veteran Kebangsaan pada Sabtu lepas

5:12 PM MYT

 

KEPALA BATAS – Polis mengesahkan menerima dua laporan terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad berhubung dakwaannya yang mengatakan Pengerusi DAP Lim Guan Eng mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Mohd Asri Shafie ketika dihubungi Bernama berkata laporan itu termasuk yang dibuat sekumpulan individu daripada Kelab DAP Veteran Kebangsaan pada Sabtu lepas.

“Ya. Saya sahkan dua laporan diterima Ibu Pejabat Polis Daerah SPU setakat ini.

“Bagaimanapun, rakaman keterangan akan dibuat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman esok,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dalam kenyataan memaklumkan janji temu untuk proses merakam keterangan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang itu dijadualkan semula pada 11 pagi esok di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Razarudin berkata setakat hari ini enam laporan polis sudah diterima berkait kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam rakaman video berdurasi 46 minit 51 saat, Siti Mastura pada majlis ceramah politik di Kemaman, Terengganu, baru-baru ini, didakwa mengaitkan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang juga bapa Guan Eng sebagai sepupu Chin Peng.

Jumaat lepas, Guan Eng memaklumkan beliau melalui peguamnya sudah memulakan tindakan undang-undang terhadap Siti Mastura selepas tempoh 48 jam yang diberikan kepada pemimpin wanita PAS itu membuktikan dakwaannya tamat sehari sebelumnya. – 13 November, 2023

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related