Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1699931464:17
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 134936
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 17
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => user-17
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => user-17
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:140:"Tegasnya Colombia juga  tidak akan membeli senjata dari negara yang menolak usaha gencatan senjata di Gaza atau berkecuali dalam perkara itu";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Palestin negara merdeka
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Palestin diberi status sebagai negara pemerhati bukan anggota di PBB pada 2012.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 31
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 258
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752125628";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:5;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752125628
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Colombia akan kemuka cadangan kepada PBB iktiraf Palestin negara merdeka | Scoop

Colombia akan kemuka cadangan kepada PBB iktiraf Palestin negara merdeka

Tegasnya Colombia juga tidak akan membeli senjata dari negara yang menolak usaha gencatan senjata di Gaza atau berkecuali dalam perkara itu

9:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Colombia, Gustavo Petro semalam mengumumkan negara itu akan mencadangkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka.

Cadangan itu berikutan tindakan Israel yang melakukan ‘pembunuhan beramai-ramai’ di Hospital Al-Shifa di Gaza.

Petro juga menegaskan negaranya tidak akan membeli senjata dari mana-mana negara yang menolak usaha gencatan senjata di Gaza atau berkecuali dalam perkara itu.

Ini bermakna Colombia tidak akan membeli senjata dari Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Great Britain, tiga ahli tetap yang mengundi menentang usul (gencatan senjata), serta Jepun.

Malah, negara itu juga tidak akan membeli senjata dari Albania, Brazil, Ecuador, Ghana, Malta dan Switzerland yang mengambil pendekatan berkecuali dalam isu Palestin.

“Negara demokratik dan progresif mesti berjuang untuk memelihara undang-undang kemanusiaan antarabangsa bagi menghalang kebiadaban daripada berkembang di dunia,” tegasnya.

Palestin diberi status sebagai negara pemerhati bukan anggota di PBB pada 2012.

Dalam pada itu, seramai 31 rakyat Palestin terbunuh manakala beberapa lagi cedera selepas pesawat Israel mengebom 12 kediaman di kem Jabalia, utara Semenanjung Gaza.

Rakaman video yang diterima Al Jazeera menunjukkan pekerja ambulans di Gaza membawa mangsa yang cedera termasuk beberapa kanak-kanak ke Hospital Indonesia selepas serangan tersebut.

Ketika ini, lebih 11,200 rakyat Palestin maut dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu. – 14 November, 2023

Topics

 

Hangat

Women Ministry plans to set up e-filing system for lodging sexual harassment reports

The Women, Family and Community Development Ministry intends to develop an e-filing system to enable more victims of sexual harassment outside Putrajaya to lodge complaints with the Anti-Sexual Harassment Tribunal

Kelantan to make halal certification mandatory for all F&B businesses

The new mandatory condition is being implemented by the Kota Bharu council first

‘More imports in M-League teams scuppers local players’ chances of playing for Malaysia’

The decision of the Malaysian Football League (MFL) to allow teams to start a match with six imported players for the 2024-2025 M-League season is seen to be detrimental to local players.

Related