‘JPN tidak pernah lantik ejen bantu urusan’

Zamri berkata, sejak kebelakangan ini wujud scammer yang menggunakan media sosial untuk menawarkan perkhidmatan berbayar bagi urusan dokumentasi di JPN

6:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak pernah melantik ejen atau menggunakan perkhidmatan orang tengah sebagai wakil dalam membantu orang ramai menjalankan sebarang urusan dan servis di kesemua 212 pejabatnya.

Ketua Pengarahnya, Zamri Misman berkata, justeru orang ramai diingatkan tidak mudah terpedaya dengan mana-mana pihak yang menawarkan apa-apa perkhidmatan membabitkan jabatan itu, khususnya yang mengenakan sebarang bayaran kepada mereka.

Tegasnya, sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa halaman dan akaun media sosial, terutama di Facebook yang cuba menawarkan perkhidmatan berbayar untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri dikeluarkan JPN.

“Pihak tidak bertanggungjawab terbabit, didapati memanipulasi platform media sosial untuk menjerat dan memperdaya orang awam, terutama pendatang asing yang baharu tiba dan tidak faham dengan prosedur rasmi pemilikan dokumen pengenalan diri di Malaysia.

“Halaman atau akaun (ini), diwujudkan menggunakan poster dan gambar rasmi JPN yang boleh didapati secara umum di internet, bagi memperlihatkan halaman terbabit sebagai akaun sahih untuk berurusan,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, hasil risikan mendapati, modus operandi sindiket itu, bermula dengan memaparkan hantaran di Facebook yang menawarkan perkhidmatan menguruskan permohonan di JPN, dengan kadar bayaran tertentu.

“Hantaran terbabit dipaparkan dalam jangka masa pendek dan kemudiannya dipadamkan bagi mengelakkan kegiatan ini dihidu pihak berkuasa,” katanya.

Zamri berkata, JPN mengambil serius dan tidak berkompromi sama sekali terhadap tindakan pihak tidak bermoral ini.

Katanya, selain poster peringatan berkaitan scammer ini sering dikongsikan di media sosial rasmi agensi, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN sentiasa memantau dan melakukan risikan ke atas halaman atau akaun media sosial yang didapati cuba menipu masyarakat, dengan menggunakan nama jabatan ini serta menawarkan perkhidmatan palsu.

Pengguna media sosial, ujarnya, boleh mengambil tindakan melaporkan kepada pihak berwajib sebarang halaman meragukan dan bertentangan garis panduan komuniti platform media sosial berkenaan, bagi mengelakkan lebih ramai terpedaya.

“Hadir sahaja ke mana-mana 212 pejabat JPN untuk mendapatkan maklumat mengenai prosedur permohonan atau khidmat nasihat berkaitan.

“Untuk (mendapatkan) pengetahuan umum dan maklumat awal berkaitan perkhidmatan JPN, orang ramai boleh merujuk soalan lazim di laman web rasmi jabatan ini melalui pautan https://www.jpn.gov.my/my/soalan-lazim/soalan-lazim atau hubungi talian 03-8880 7077 atau emel ke pro@jpn.gov.my,” katanya. – 15 November, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related