PM tidak pernah gelar Hamas organisasi pengganas

Ini (dakwaan CLJ) satu sindiran, beliau tidak pernah menyindir. Kita mengutuk semua tindakan keganasan: Fahmi Fadzil

7:24 PM MYT

 

SAN FRANCISCO – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengkategorikan Hamas sebagai sebuah organisasi pengganas, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

“Mana ada kenyataan baru-baru ini. Mana ada dia cakap, walaupun di Parlimen.

“Ini (dakwaan CLJ) satu sindiran, beliau tidak pernah menyindir (sedemikian). Kita mengutuk semua tindakan keganasan,” kata Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan kepada media Malaysia mengenai kenyataan Concerned Lawyers for Justice (CLJ).

Dalam satu kenyataan, CLJ mendakwa Anwar telah menyindir bahawa Hamas merupakan sebuah organisasi pengganas dan menyuarakan kekecewaan mereka terhadap perkara tersebut.

“Kami meminta Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk mempertimbangkan dengan teliti implikasi kenyataannya dan menganggap perkara tersebut dengan perspektif yang seimbang dan berlandaskan fakta,” menurut kenyataan CLJ.

Fahmi kini berada di San Francisco sebagai sebahagian delegasi Perdana Menteri ke Mesyuarat Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) Ke-30, yang berakhir hari ini. – 17 November, 2023

Topics

 

Hangat

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related