Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1700985352:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 396
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1746824778";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:21;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1746824778
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 136400
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:134:"PEDi menawarkan pelbagai perkhidmatan daripada awal sehingga pemasaran digital dan akan pastikan perkembangannya sentiasa dikemas kini";}
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Soeharto di Kuala Kubu Bharu, Selangor, sentiasa berusaha meningkatkan kesedaran dan mengubah pemikiran masyarakat menerusi perkongsian kisah kejayaan setiap individu
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
PEDi Felda Soeharto mahu tingkat kesedaran perkembangan digital dengan berkongsi kisah kejayaan usahawan | Scoop

PEDi Felda Soeharto mahu tingkat kesedaran perkembangan digital dengan berkongsi kisah kejayaan usahawan

PEDi menawarkan pelbagai perkhidmatan daripada awal sehingga pemasaran digital dan akan pastikan perkembangannya sentiasa dikemas kini

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR   Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Soeharto di Kuala Kubu Bharu, Selangor, sentiasa berusaha dalam meningkatkan kesedaran dan mengubah pemikiran masyarakat menerusi perkongsian kisah kejayaan setiap individu yang mendapat manfaat kewujudan pusat itu.

Pengurus PEDi Felda Soeharto, Rossyafira Muhammad berkata, penerimaan masyarakat setempat terutama melibatkan kursus latihan keusahawanan serta program teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) amat menggalakkan apatah lagi ia disediakan secara percuma.

Bagaimanapun, katanya, masih banyak perlu dilakukan bagi memberi kesedaran mengenai kepentingan perkembangan digital serta memberi inspirasi kepada usahawan untuk berjaya.

Pengurus PEDi Felda Soeharto, Rossyafira Muhamad berkata penerimaan masyarakat setempat terutama melibatkan kursus latihan keusahawanan serta program teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) amat menggalakkan apatah lagi ia disediakan secara percuma. – Abdul Razak/Scoop, 19 November, 2023

“Setakat ini penerimaan sangat menggalakkan kerana program yang disediakan di sini adalah percuma.

“Cuma kami di PEDi Felda Soeharto ini perlu selalu memberi kesedaran tentang kisah-kisah kejayaan bagi mengubah pemikiran masyarakat agar ia seiring dengan perubahan perkembangan digital.

“Perkara ini penting kerana PEDi menawarkan pelbagai perkhidmatan daripada awal sehingga pemasaran digital dan kita akan pastikan sentiasa mengemas kini perkembangannya,” katanya ketika ditemui di PEDi Felda Soeharto baru-baru ini.

PEDi Felda Soeharto yang memberikan banyak manfaat kepada penduduknya. – Abdul Razak Latif, Scoop, 19 November, 2023

Rossyafira berkata, setakat ini PEDi Felda Soeharto yang mula beroperasi pada 2013, membantu pengembangan perniagaan kepada seramai 147 usahawan aktif di kawasan itu.

“Kita sasar setiap tahun akan ada peningkatan, tahun depan kita sasarkan 300 usahawan yang aktif.

“Namun kebiasaannya, penyertaan peserta bagi kursus atau latihan keusahawanan yang dijalankan biasanya melebihi jumlah usahawan aktif yang ada,” katanya.

Antara produk yang dipasarkan oleh usahawan yang telah mendapat bimbangan PEDi di Felda Soeharto. – Abdul Razak Latif, 19 November, 2023

Selain itu beliau berkata, pihaknya juga sentiasa memberi latihan ICT mengikut kesesuaian golongan penduduk di situ.

“Setiap golongan ini dari peringkat tadika, murid sekolah, usahawan, belia dan warga emas mempunyai tahap kemahiran berbeza. Perkembangan digital juga sentiasa berubah jadi kita akan sentiasa kemas kini,” katanya.

Penubuhan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Felda Soeharto di Kuala Kubu Bharu telah memberikan manfaat kepada penduduknya. – Abdul Razak Latif, Scoop, 19 November, 2023

Berdasarkan rekod, terdapat seramai 27,963 usahawan aktif PEDi di seluruh negara setakat Jun lalu menerusi pelbagai program keusahawanan yang dilaksanakan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Bajet 2024 berkata sebanyak RM25 juta diperuntukkan bagi memperkasa peranan PEDi untuk membantu masyarakat setempat. – Gambar Facebook Anwar Ibrahim, 19 November, 2023

Dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan lalu, sebanyak RM25 juta diperuntukkan bagi memperkasa peranan PEDi untuk membantu masyarakat setempat.

Bagi mengiktiraf peranan penting PEDi dalam komuniti, Persidangan PEDi MADANI ‘Pemangkin Ekonomi Digital Negara’ 2023 akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 29 November ini.

Persidangan yang julung kali diadakan dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri itu, antara lain sebagai pengiktirafan kepada PEDi sejak penubuhannya pada 2007.

Persidangan PEDi MADANI itu kelak akan menghimpunkan barisan pengurus dan usahawan daripada seluruh pelosok negara. – 19 November, 2023

Topics

 

Hangat

Umur persaraan hakim syarie dicadang dinaikkan kepada 66 tahun

Umur persaraan Hakim Mahkamah Syariah di negara ini, dicadang dilanjutkan daripada 60 tahun kepada 66 tahun ketika ini.

Pembangkang patut semak imbang Kerajaan Perpaduan secara munasabah, ‘laksana tanggungjawab moral anda’: Najwan

Pembangkang dicabar memainkan peranan mereka sebaik mungkin untuk melakukan ‘semak dan imbang’ dengan munasabah dalam situasi kestabilan pentadbiran ditunjukkan Kerajaan Perpaduan ketika ini

Penyasaran subsidi diesel, kepengerusian Asean antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Penyasaran subsidi diesel dan kepengerusian ASEAN antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Related