Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1700491035:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 460
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 137272
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => user-22
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => user-22
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:158:"Sebuah restoran Cina Muslim sebelum ini dikecam kerana memecat seorang pekerjanya selepas video lelaki itu memakai salib di tempat kerja tular di media sosial";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Wan Salim
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Tindakan majikan di sebuah restoran Cina Muslim di sini yang memecat seorang pekerjanya kerana memakai tanda salib adalah tidak selari dengan ajaran Islam.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 48
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748310649";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:1;i:2;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1747892227";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:19;i:1;i:5;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748310649
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Pecat pekerja pakai salib tidak selari ajaran Islam: Mufti Pulau Pinang | Scoop

Pecat pekerja pakai salib tidak selari ajaran Islam: Mufti Pulau Pinang

Sebuah restoran Cina Muslim sebelum ini dikecam kerana memecat seorang pekerjanya selepas video lelaki itu memakai salib di tempat kerja tular di media sosial

10:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Tindakan majikan di sebuah restoran Cina Muslim di sini yang memecat seorang pekerjanya kerana memakai tanda salib, seperti tular di media sosial adalah tidak selari dengan ajaran Islam.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, Islam mengajar umatnya supaya berbuat baik kepada semua manusia walaupun berbeza agama.

“Malah umat Islam dikehendaki juga membuat baik kepada haiwan seperti yang disebut di dalam beberapa hadis.

“Justeru saya menasihatkan umat Islam supaya menjaga imej agama,’’ katanya kepada Scoop hari ini.

Baru-baru ini, sebuah restoran Cina Muslim telah dikecam kerana memecat seorang pekerjanya selepas video lelaki itu memakai salib di tempat kerja, telah tular di media sosial.

Susulan itu, Pengurus Restoran Mon Chinese Beef Roti yang dikenali sebagai Sofia, yang dipetik Berita Harian memohon maaf kepada pihak tersinggung melihat lelaki memakai salib itu dan tidak selesa menonton video terbabit.

Bagaimanapun tidak diketahui bila pekerja tersebut dipecat.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, kebanyakan orang bukan Islam tidak membaca buku untuk memahami ajaran Islam.

Mereka ini lazimnya, kata beliau, melihat tingkah laku dan tindak tanduk para penganut Islam.
“Jika umat Islam berkelakuan buruk maka ini memberi gambaran buruk terhadap agama mereka, begitu juga sebaliknya.

“Maka adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim memaparkan kelakuan yang baik bagi meyakinkan orang bukan Islam tentang kebaikan agama suci ini sebagai pembawa misi rahmat kepada semesta alam,’’ katanya. – 20 November, 2023

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her tahun of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Lapor MCMC jika gambar, video anak dijadikan kandungan tanpa kebenaran

Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak diminta membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekiranya rakaman gambar dan video anak-anak mereka dijadikan kandungan media sosial oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran.

Joji cancels tomorrow’s Merdeka Hall show due to health reasons

Japanese-Australian singer-songwriter Joji has cancelled three upcoming shows, including the one scheduled for Kuala Lumpur tomorrow, due to health reasons.

Related