Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1700530166:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_6c00203983298379c82a4087ecd33dd8] => Array
        (
            [0] => {{unknown}}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 137337
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:82:"George tampil berkongsi perkembangan terkini kemudahan rumah guru di SK Ulu Ansuan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Ulu Ansuan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 58
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 299
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752275067";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:23;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752373513";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:2;i:2;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752373513
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 3
        )

)
Di belakang saya 7 unit rumah guru sudah siap sepenuhnya, mula dihuni: guru besar | Scoop

Di belakang saya 7 unit rumah guru sudah siap sepenuhnya, mula dihuni: guru besar

George tampil berkongsi perkembangan terkini kemudahan rumah guru di SK Ulu Ansuan

9:26 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas tular video mendedahkan pengalaman terpaksa tinggal di stor prasekolah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Ansuan, Telupid, George Odol tampil berkongsi perkembangan terkini kemudahan rumah guru di sekolah tersebut.

George menerusi video yang dikongsikan di Facebook menunjukkan tujuh unit rumah guru yang sudah siap dinaik taraf dan mula digunakan warga pendidik sekolah itu.

“Dalam rancangan jangka pendek Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM200,000 untuk menyelenggara rumah guru yang sedia ada di sekolah ini.

“Ada di belakang saya sebanyak tujuh unit (rumah guru) dan siap sepenuhnya hari ini (semalam) dan mula dihuni guru yang ada di sekolah ini.

“Untuk rancangan jangka panjang, RM12.5 juta diperuntukkan untuk membina empat lagi rumah guru di sekolah ini,” katanya.

Menurut George, dengan dua tindakan drastik diambil KPM itu, bermakna isu rumah guru di sekolah terbabit akan berakhir dalam masa terdekat.

Pada masa sama, George turut menjelaskan video yang dimuatnaik di TikToknya sebelum ini adalah situasi dan pengalaman yang dilaluinya sebelum rumah guru yang usang itu siap dinaik taraf.

“Saya ingin mengulas mengenai video yang saya ‘upload’ (muatnaik) minggu lalu mengenai isu rumah guru di sekolah ini terutama guru besar yang tinggal di stor prasekolah.

“Untuk makluman, kenyataan saya itu tidak membabitkan dua bulan terakhir perkhidmatan saya di sekolah ini. Saya mula datang melapor diri untuk bertugas di sekolah ini pada Jun 2020 dan akan menamatkan perkhidmatan saya pada 27 November 2023, lagi beberapa hari.

“Jadi, dalam menangani isu rumah guru di SK Ulu Ansuan, KPM sudah mengambil langkah iaitu rancangan jangka pendek dan rancangan jangka panjang,” katanya.

Terdahulu, guru besar terbabit mendedahkan pengalamannya tinggal di stor sekolah lebih tiga tahun sepanjang berkhidmat di sekolah berkenaan.

Beliau yang akan bersara wajib daripada perkhidmatan perguruan pada 27 November ini, ditugaskan oleh KPM di sekolah berkenaan, sejak 2020.

George dipetik berkata guru di sekolah berkenaan terpaksa menumpang di rumah penduduk kampung, manakala kelas diubah suai, selain dua rumah ala kadar sebagai kemudahan bagi cikgu, dibina di atas keprihatinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Namun, beliau mengakui tidak kesal sebagai guru dalam kalangan etnik Kadazandusun yang terpaksa mengorbankan keselesaan menetap di kawasan pekan atau di bandar, semata-mata untuk mengajar di sekolah pedalaman. – 21 November, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia’s economic turnaround under Anwar’s leadership – Benjamin Laker

Nation’s 10th prime minister inherits a huge challenge to revive the nation after a global pandemic and longstanding systemic issues

Suhakam’s grudge against death penalty should not be with the judiciary – Hafiz Hassan  

Human Rights Commission should direct their grievances to the legislature instead as the court ruled according to the law

No bad blood with BAM: James Chua to lead Czech Republic badminton team

Former Malaysia Open champion clarifies his resignation, citing career growth as he prepares to take on the head coach role in Europe next month

Related