Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1700637785:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 286
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 137742
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:153:"Penyelenggaraan pengairan dan saliran tidak dapat dilaksanakan mengikut perancangan disebabkan kekangan peruntukan memberi kesan kepada produktiviti padi";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Laporan Ketua Audit Negara
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 mendapati, sebanyak RM448.87 juta pemberian subsidi dan insentif kepada pesawah yang disalurkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), tidak dibelanjakan.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 55
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750152756";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:9;i:1;}}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749671875";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:19;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749826344";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:14;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750152756
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
LKAN 2022: RM448.87 juta baki subsidi, insentif LPP tak dibelanja, pengurusannya kurang memuaskan | Scoop

LKAN 2022: RM448.87 juta baki subsidi, insentif LPP tak dibelanja, pengurusannya kurang memuaskan

Penyelenggaraan pengairan dan saliran tidak dapat dilaksanakan mengikut perancangan disebabkan kekangan peruntukan memberi kesan kepada produktiviti padi

3:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 mendapati, sebanyak RM448.87 juta pemberian subsidi dan insentif kepada pesawah yang disalurkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), tidak dibelanjakan.

Menurut laporan itu, pengurusan penyaluran peruntukan adalah kurang memuaskan berikutan KPKM tidak menyemak baki peruntukan di LPP, sebelum penyaluran peruntukan tahunan dibuat.

Katanya, baki peruntukan bagi program ‘Entry Point Project’ (EPP) 11 yang ditamatkan juga, tidak dikembalikan agensi terbabit.

“Jumlah RM448.87 juta itu adalah baki peruntukan terkumpul setakat 2022. Ia menyebabkan LPP masih mempunyai baki terkumpul yang tidak dibelanjakan secara optimum bagi membantu golongan sasar mengurangkan kos pengeluaran padi.

“Semakan audit mendapati, sejumlah RM3.673 bilion disalurkan KPKM kepada LPP bagi tempoh tahun 2019 hingga 2022 untuk pelaksanaan pelbagai skim bantuan subsidi dan insentif penanaman padi.

“Laporan prestasi tuntutan pembekal bagi Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP), Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) dan Insentif Benih Padi Sah (IBPS) mendapati, jumlah perbelanjaan LPP bagi tempoh itu adalah RM3.224 bilion dengan baki peruntukan terkumpul RM448.87 juta,” kata laporan itu hari ini.

Pada masa sama, LKAN menunjukkan, bekalan benih padi asas yang tidak mencukupi, membuka ruang kepada penggunaan benih padi yang tidak diiktiraf Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), kelewatan penghantaran baja kepada pesawah serta kebergantungan kepada perkhidmatan jentera pihak swasta.

Malah, laporan itu memaklumkan, penyelenggaraan pengairan dan saliran tidak dapat dilaksanakan mengikut perancangan disebabkan kekangan peruntukan serta memberi kesan kepada produktiviti padi.

KPKM juga, katanya, didapati tidak menjaga kepentingan kerajaan apabila meluluskan secara keseluruhan pengecualian denda kelewatan penghantaran baja berjumlah RM211.27 juta kepada pihak pembekal.

“Selain itu, terdapat kelemahan dalam pemantauan baki peruntukan yang berada di LPP dan agensi terbabit dengan program EPP 11,” katanya. – 22 November, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related