Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1700640295:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 224
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 137760
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:93:"E-mel ancaman bom itu bertarikh 21 November, namun hanya disedari pihak sekolah awal pagi ini";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Ancaman bom sekolah antarabangsa
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Polis mengesahkan menerima satu lagi laporan ancaman bom di sebuah sekolah antarabangsa di sini kira-kira 8 pagi tadi.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 69
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749588677";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:20;i:1;}}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749669207";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:19;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749669207
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Satu lagi sekolah antarabangsa terima ancaman bom | Scoop

Satu lagi sekolah antarabangsa terima ancaman bom

E-mel ancaman bom itu bertarikh 21 November, namun hanya disedari pihak sekolah awal pagi ini

4:00 PM MYT

 

KAJANG – Polis mengesahkan menerima satu lagi laporan ancaman bom di sebuah sekolah antarabangsa di sini kira-kira 8 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan berkata, e-mel ancaman bom itu bertarikh 21 November, namun hanya disedari pihak sekolah awal pagi ini.

Beliau berkata, pemeriksaan dan siasatan lanjut sedang dibuat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dan unit anjing pengesan K9 telah dikerah untuk tindakan keselamatan.

Katanya, sebaik sahaja menerima laporan, pihak pengurusan diarah mengosongkan bangunan sekolah dan selepas pemeriksaan rapi, tiada bahan letupan atau bahan mencurigakan ditemui.

“Polis percaya ancaman bom berkenaan adalah palsu dan sekolah antarabangsa itu dibuka seperti biasa,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelupusan Barang Kes dan Lelongan Kenderaan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang 2023 di pekarangan Balai Polis Bangi di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan polis telah menerima 19 laporan mengenai ancaman bom palsu yang dihantar melalui e-mel ke beberapa buah sekolah swasta dan kerajaan di seluruh negara.

Ancaman berkenaan dihantar menerusi dua akaun e-mel menggunakan nama ‘taktstorer’ yang bermaksud ‘pengganggu ketenteraman’ dalam bahasa Jerman daripada penyedia perkhidmatan e-mel beeble.com.

Terdahulu, polis daerah Kajang melupuskan barang kes peralatan judi hasil rampasan sepanjang tempoh 2021 hingga November 2023 bernilai RM2.4 juta.

Pelupusan barangan kes yang selesai perbicaraan di mahkamah itu dibuat bersama Hakim Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi, Effandi Nazila Abdullah.

Sebanyak 3,482 set mesin slot, 92,226 tin minuman keras, 843 botol arak, 15,264 karton rokok pelbagai jenama, 765 mesin bitcoin, 127 unit set komputer, 898 telefon bimbit dan 186 kad ATM turut dilupuskan.

Pelupusan itu dilakukan mengikut kaedah dan peraturan di bawah Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN D207) dan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 406A Kanun Prosedur Jenayah. – 22 November, 2023

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related