KDN rampas lapan buku disyaki ada unsur komunisme

KDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan itu dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan selepas menerima maklumat berkaitan penjualan buku terbabit

11:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas lapan naskhah buku disyaki mengandungi unsur komunisme dalam pemeriksaan di sebuah premis di Petaling Jaya dekat sini, semalam.

KDN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tindakan itu dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan selepas menerima maklumat berkaitan penjualan buku terbabit.

“Tindakan penahanan penerbitan berkenaan dibuat selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 18 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP) yang membolehkan penguat kuasa KDN menahan apa-apa hasil penerbitan yang disyaki menyalahi undang-undang untuk tujuan kajian lanjut,” katanya.

KDN berkata ia komited menjalankan tanggungjawab mengawal selia penerbitan di dalam negara khususnya penerbitan yang disyaki mengandungi elemen mengganggu-gugat ketenteraman awam, moral, keselamatan, menggemparkan pemikiran orang ramai, berlawanan dengan undang-undang, memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara selaras dengan perundangan yang berkuat kuasa.

Orang ramai diminta untuk memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan hasil penerbitan tidak diingini dengan menghubungi talian 03-8000 8000/8889 3145, e-mel kepada aduanpk@moha.gov.my atau melalui laman sesawang www.moha.gov.my. – 24 November, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related