Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1700925622:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 138949
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:138:"Mangsa dipercayai sedang bermain dengan anak ketiga berdekatan longkang tersebut yang dipenuhi air berikutan hujan lebat sejak tengah hari";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => bomba
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun hilang dan dikhuatiri terjatuh ke dalam longkang di Taman Goodwood, Bukit Palah di sini hari ini.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 45
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 90
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 207
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753174129";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:8;i:2;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753174129
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Kanak-kanak lelaki dua tahun hilang, dikhuatiri terjatuh dalam longkang | Scoop

Kanak-kanak lelaki dua tahun hilang, dikhuatiri terjatuh dalam longkang

Mangsa dipercayai sedang bermain dengan anak ketiga berdekatan longkang tersebut yang dipenuhi air berikutan hujan lebat sejak tengah hari

11:20 PM MYT

 

MELAKA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun hilang dan dikhuatiri terjatuh ke dalam longkang di Taman Goodwood, Bukit Palah di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.42 petang tadi sebelum sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian.

“Menurut bapa mangsa, anak lelakinya berusia dua tahun disyaki terjatuh ke dalam longkang selebar 0.6 meter dan sedalam 1 meter. 

Kerja mencari mangsa di sekitar kawasan kejadian dan di dalam longkang berkenaan masih dijalankan,” menurut pihak bomba. 

Sementara itu, ibu mangsa, Nor Amiza Che Kar, 28, berkata anak bongsunya Muhammad Danish Mohd Faizal, 2, hilang ketika dia dan suami sedang berniaga nasi kerabu di lokasi kejadian.

Beliau berkata mangsa sedang bermain dengan anak ketiganya berdekatan longkang tersebut yang dipenuhi air berikutan hujan lebat sejak tengah hari.

“Saya hanya sedar kehilangan Muhammad Danish kira-kira 3.30 petang. Saya tanya anak ketiga tetapi dia tak tahu keberadaan adiknya itu.

“Hanya seliparnya sahaja yang kelihatan di kawasan berumput berdekatan longkang tersebut. Saya dan suami, Mohd Faizal Maarop, 38, cuba cari selama 20 minit tapi Muhammad Danish gagal ditemukan,” katanya.

Beliau berkata Muhammad Danish memakai baju berwarna biru ketika kejadian dan keluarganya memohon bantuan orang ramai bagi mengesan anaknya itu.

“Saya percaya Danish masih hidup. Tolonglah kalau ada sesiapa terjumpa Danish yang memakai baju biru di mana-mana, pulangkanlah kepada saya.

“Kami langsung tidak menyangka tragedi ini akan berlaku ketika sedang mencari rezeki. Saya sudah berniaga di sini sejak tiga tahun lalu,” katanya. – 25 November, 2023

Topics

 

Hangat

Women Ministry plans to set up e-filing system for lodging sexual harassment reports

The Women, Family and Community Development Ministry intends to develop an e-filing system to enable more victims of sexual harassment outside Putrajaya to lodge complaints with the Anti-Sexual Harassment Tribunal

Kelantan to make halal certification mandatory for all F&B businesses

The new mandatory condition is being implemented by the Kota Bharu council first

‘More imports in M-League teams scuppers local players’ chances of playing for Malaysia’

The decision of the Malaysian Football League (MFL) to allow teams to start a match with six imported players for the 2024-2025 M-League season is seen to be detrimental to local players.

Related