Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1700929539:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 275
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 138964
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:218:"Anwar mengakui walaupun terdapat beberapa "kesilapan" semasa PH pertama kali menerajui kerajaan Persekutuan, kesalahan tidak sepatutnya diletakkan terhadap Kabinet pada waktu itu untuk meratifikasi Icerd dan Statut Rom";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => kongres
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018 berdepan tekanan daripada “elit” untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) dan Statut Rom, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 49
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748383869";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:22;i:2;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748091407";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:12;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748383869
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
PH berdepan tekanan daripada 'elit' untuk ratifikasi Icerd, Statut Rom: Anwar | Scoop

PH berdepan tekanan daripada ‘elit’ untuk ratifikasi Icerd, Statut Rom: Anwar

Anwar mengakui walaupun terdapat beberapa "kesilapan" semasa PH pertama kali menerajui kerajaan Persekutuan, kesalahan tidak sepatutnya diletakkan terhadap Kabinet pada waktu itu untuk meratifikasi Icerd dan Statut Rom

11:57 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018 berdepan tekanan daripada “elit” untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) dan Statut Rom, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 di sini, malam ini, Anwar mengakui walaupun terdapat beberapa “kesilapan” semasa PH pertama kali menerajui kerajaan Persekutuan, kesalahan tidak sepatutnya diletakkan terhadap Kabinet pada waktu itu untuk meratifikasi Icerd dan Statut Rom.

“Ia bukan salah Kabinet, tetapi kerana tekanan daripada golongan elit atasan mahu Icerd dan Statut Rom diiktiraf.

“Adakah terdapat perbincangan dalam Kabinet (mengenai perkara itu)? Tidak. Adakah terdapat perbincangan dengan penggubal undang-undang, semasa saya menjadi Ahli Parlimen Port Dickson? Tidak. Adakah orang ramai dirujuk? Tidak.

“Kami dipaksa (untuk meratifikasi perjanjian antarabangsa) dan ini menimbulkan rasa kurang senang,” katanya sambil menekankan agenda reformasi harus didorong oleh keperluan masyarakat dan bukannya pengaruh golongan elit.

Icerd merupakan perjanjian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk menghapuskan diskriminasi kaum dan menggalakkan persefahaman dalam kalangan semua kaum.

Sebaliknya, Statut Rom menubuhkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mentakrifkan bidang kuasa, fungsi dan struktur mahkamah untuk mendakwa individu kerana melakukan pembunuhan beramai-ramai, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan.

Menyeru agar kerajaan pimpinannya ketika ini belajar daripada kesilapan lalu, Anwar memberi amaran bahawa rakyat akan menolak kerajaan yang “tergesa-gesa” merancang untuk melaksanakan agenda.

“(Kesilapan) tidak boleh diulang, walaupun ada golongan elit liberal yang mengatakan kita lambat (melaksanakan) agenda reformasi. Tapi, kita mesti belajar daripada pengalaman lepas.

“Jika kita tergesa-gesa, sama ada dalam pentadbiran Islam atau melaksanakan agenda reformasi kita, kita akan ditolak oleh rakyat. Pengalaman lepas mengajar kami perkara ini,” kata Anwar yang juga Pengerusi PH dan Presiden PKR.

Pada Khamis, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Luar di bawah kerajaan PH sebelum ini, menafikan dakwaan Anwar bahawa beliau tidak mendapat kelulusan Kabinet sebelum mendorong Malaysia meratifikasi Statut Rom pada 2019.

Saifuddin yang sejak itu berpaling tadah kepada Bersatu berkata, kenyataan Anwar yang dikeluarkan di Dewan Rakyat adalah berniat jahat.

Kerajaan PH, yang diketuai oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada mulanya menandatangani Statut Rom pada Mac 2019, tetapi masih perlu meratifikasinya.

Bagaimanapun, pada April tahun sama, Mahathir menarik diri daripada statut itu selepas parti pembangkang ketika itu, Umno dan PAS membantahnya dengan mendakwa ia akan menjejaskan keistimewaan Melayu dan imuniti diraja.

Ia menyebabkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mendakwa bahawa menandatangani perjanjian itu akan melanggar Perlembagaan, kerana ia melibatkan kuasa beraja, hak Melayu, dan Islam.

Isu Statut Rom baru-baru ini dibangkitkan apabila beberapa pihak menggesa kerajaan merujuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kepada ICC berhubung jenayah perangnya ke atas Palestin.

Bagaimanapun Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir menjelaskan bahawa Malaysia tidak dapat berbuat demikian kerana negara itu bukan ahli Statut Rom.

Beliau berkata, kes jenayah antarabangsa hanya boleh dirujuk kepada ICC oleh ahli statut, PBB, atau pendakwa ICC sendiri. – 26 November, 2023

Topics

 

Hangat

Himpunan Freedom For Palestine dikecam, sebilangan peserta sifatkan tidak capai matlamat

Ada peserta yang mendakwa penganjur turut menggelar mereka yang mengangkat sepanduk mengecam Netanyahu sebagai ‘zionis’.

Former DBP chief, poet Firdaus Abdullah dies aged 79

Former Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) director-general Datuk Firdaus Abdullah, 79, who was also known as a writer and poet, died today

LGBTQ+ rights advocacy: Somebody else please, not Matty Healy

The troubled lead singer of British rock band The 1975 made global headlines this weekend following his outburst against the country’s laws governing LGBTQ+ activities during a performance at the Good Vibes Festival at the Sepang motorsport circuit on Friday.

Related