Buku didakwa ada unsur komunis: ‘Kita ambil untuk teliti, bukan rampas’, kata Saifuddin

"Kita ambil, bukan rampas, Gerak Budaya tahu penguat kuasa bertindak dengan sopan, rampas ni konotasinya agresif dan kasar."

2:56 PM MYT

 

PUTRAJAYA — Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil lapan naskah buku disyaki mengandungi unsur komunisme di sebuah premis di Petaling Jaya, Khamis lalu dibuat susulan aduan orang awam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti kandungan buku yang diambil bagi melihat sama ada wujud elemen seperti diadu.

“Kita ambil, bukan rampas, Gerak Budaya tahu penguat kuasa bertindak dengan sopan, rampas ni konotasinya agresif dan kasar.

“Jadi prosesnya adalah bahagian pengawalan dan penguatkuasaan ini ada panel yang akan meneliti.

“Pada akhir penelitian itu, umpamanya jika isu kandungan itu tidak memaparkan elemen yang dimaksudkan, mereka akan pulangkanlah.

“Itu proses biasa seperti mana yang dibenarkan bertindak di atas aduan awam,” katanya kepada media pada Kongres Nasional Keadilan 2023 di sini hari ini.

Pada Khamis lalu, lapan buku telah diambil di premis Gerakan Budaya itu yang disyaki mengandungi elemen-elemen hasil penerbitan tidak diiingini berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP).

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, beliau menerima baik setiap kritikan dan teguran pihak tertentu dalam tindakan dilakukan penguat kuasa berkait pengambilan buku itu.

“Saya terima baik teguran-teguran. Di satu sisi lain, pihak kerajaan juga harus dilihat peka dan sensitif terhadap aduan awam.

“Jadi kita kena cari jalan seimbang di situ. Yang tak boleh kita benarkan adalah satu tindakan penguatkuasa melampaui batas peruntukan undang undang, itu tak boleh,” katanya. – 26 November, 2023

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Sexual assault against children up 21% in 2023: DoSM

1,389 cases reported last year, compared to 1,147 in 2022

Isu GISBH: ‘Jangan berlengah’ PM arah siasatan dan tindakan segera

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia adalah perkara penting melibatkan soal akidah umat Islam, penyalahgunaan kuasa serta agama dan penderaan kanak-kanak

Related