Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1700989029:16
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 16
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-115276
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:91:"Beliau berkata, tapak air terjun di lokasi berhampiran sudah ditutup demi keselamatan semua";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Nik Nazmi
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya sedang mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi kejadian banjir dan tanah runtuh di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang semalam.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 69
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 357
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748407412";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:4;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748048113";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:2;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748407412
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 139128
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-115276
        )

    [_wp_old_slug] => Array
        (
            [0] => nik-nazmi-sedang-dapatkan-laporan-rangka-penyelesaian-terbaik-atasi-banjir-bukit-tinggi
            [1] => nik-nazmi-dapatkan-laporan-menyeluruh-untuk-selesai-banjir-kilat-di-bentongnik-nazmi-dapatkan-laporan-menyeluruh-untuk-selesai-banjir-kilat-di-bentong
        )

)
Nik Nazmi dapatkan laporan menyeluruh untuk selesai banjir kilat di Bentong | Scoop

Nik Nazmi dapatkan laporan menyeluruh untuk selesai banjir kilat di Bentong

Beliau berkata, tapak air terjun di lokasi berhampiran sudah ditutup demi keselamatan semua

4:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya sedang mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi kejadian banjir dan tanah runtuh di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang semalam.

Menerusi perkongsiannya di Twitter, Nik Nazmi berkata, ketika ini pihaknya sedang mendapatkan laporan penuh daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), bagi menentukan tindakan segera yang boleh diambil untuk mengatasi masalah itu.

“Sebelum ke Kongres Nasional Keadilan pagi ini, saya ke Kampung Bukit Tinggi, Bentong, melihat kesan banjir semalam yang berpunca daripada kepala air. Bersama saya MP (Ahli Parlimen) Bentong, Young Syefura Othman, Pegawai Daerah Bentong, jurutera daerah JPS dan beberapa individu lain.

“Saya akan mendapat laporan terperinci untuk lihat opsyen-opsyen penyelesaian. Kami sedang dapatkan laporan penuh daripada JPS dan JMG untuk lihat apa tindakan segera boleh diambil,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Nazmi memaklumkan, tapak air terjun di lokasi berhampiran sudah ditutup, selain mengingatkan orang ramai agar mengelak daripada mengunjungi kawasan berisiko tinggi berkenaan untuk tujuan riadah.

“Tapak air terjun sudah ditutup dari kunjungi orang ramai. Saya berharap orang ramai juga mengelak daripada (berkunjung ke) tapak perkhemahan di cerun dan tepi sungai ketika musim hujan ini demi keselamatan semua,” katanya.

Menerusi ruangan komen, pengguna media sosial menyambut baik dan memuji maklum balas segera diberikan Nik Nazmi, termasuk turun padang ke kawasan bencana walaupun sedang dalam perjalanan ke acara parti.

Nik Nazmi Nik Ahmad meninjau keadaan banjir dan tanah runtuh di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang semalam – Gambar Twitter Nik Nazmi Nik Ahmad, 26 November, 2023

“Terbaik, keselamatan diutamakan,” kata @laughing_loo33.

“Terbaik sekali YB,” tulis seorang pengguna.

“Selamba (pakai) kasut Asics redah air…steady YB,” komen@iamhaziq_y, sebelum dibalas Nik Nazmi secara bergurau yang mengatakan individu lain mengenakan but.

Scoop hari ini melaporkan, hujan lebat tanpa henti selama beberapa jam malam tadi, menyebabkan Bukit Tinggi dilanda banjir kilat buruk, sehingga menyaksikan laluan ke kawasan berkenaan ditutup sementara akibat air deras.

Young Syefura berkata, banjir itu melanda di kawasan Balai Polis Bukit Tinggi dan sekitarnya pada kira-kira jam 10 malam.

“Saya sudah menghubungi kementerian dan agensi kerajaan terlibat untuk menjalankan tindakan susulan,” katanya – 26 November, 2023

Topics

 

Hangat

Kerjasama Bersatu-Umno ‘sudah terlalu lewat’: Ahli MKT Umno

'Jika dalam kalangan ahli Bersatu sendiri tidak 'bersatu' bagaimana mahu menyatukan orang Melayu,' soal Othman Desa

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her tahun of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Lapor MCMC jika gambar, video anak dijadikan kandungan tanpa kebenaran

Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak diminta membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekiranya rakaman gambar dan video anak-anak mereka dijadikan kandungan media sosial oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran.

Related