Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1701101940:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 950
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 139657
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:80:"Sekiranya agensi itu gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Aman Palestin
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Aman Palestin (AP) memberi tempoh tiga hari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyahbeku puluhan akaun bank milik pertubuhan bukan kerajaan itu.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 31
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752366184";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752366184
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Aman Palestin beri SPRM tempoh 3 hari nyah beku akaun | Scoop

Aman Palestin beri SPRM tempoh 3 hari nyah beku akaun

Sekiranya agensi itu gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil

10:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aman Palestin (AP) memberi tempoh tiga hari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyahbeku 41 akaun bank milik pertubuhan bukan kerajaan itu.

Peguam AP, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, sekiranya agensi itu gagal berbuat demikian, pihak Aman Palestin akan mengambil tindakan undang-undang.

“Aman Palestin pada hari ini sudah mengutus surat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM serta Pengarah Bahagian Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) 2021 SPRM, bagi memberi notis di bawah Seksyen 44A untuk perintah pembekuan (akaun) ini dibatalkan dan/atau diubah.

“Aman Palestin kini memberi tempoh tiga hari untuk penyahbekuan akaun. Sekiranya gagal, tindakan perundangan sepatutnya dan sesuai dengan manfaat akan diambil,” katanya pada sidang media SPRM Mesti Berlaku Adil di Ibu Pejabat Aman Palestin di Bangi, malam ini.

Sidang media itu diadakan bagi mengulas dan memberikan penjelasan berhubung siasatan dijalankan SPRM terhadap Aman Palestin dan beberapa ahli lembaga pengarah pertubuhan terbabit.

Rafique berkata, SPRM perlu menjawab beberapa persoalan dilontarkan Aman Palestin, iaitu mengapa kutipan dana kemanusiaan pertubuhan berkenaan dibekukan sehari selepas pihaknya mengumumkan ingin menyalurkan bantuan untuk musim sejuk.

Aman Palestin mahu SPRM menjawab semua persoalan mengapakah akaun kutipan dana untuk bantuan kemanusian dibekukan – Gambar Scoop/Alif Omar, 27 November, 2023

“SPRM perlu menjawab semua persoalan ini. Mengapakah akaun kutipan dana untuk bantuan kemanusian dibekukan? Mengapakah tindakan ini diambil hanya sehari selepas Aman Palestin mengumumkan penyaluran wang untuk Kempen Bantuan Musim Sejuk dan semasa gencatan senjata diisytiharkan?

“Bagaimanakah wang derma, sumbangan rakyat dan individu-individu, dikategorikan sebagai hasil aktiviti haram?” katanya.

Beliau berkata, Aman Palestin juga menggesa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang membangkitkan isu pembekuan dana itu di Dewan Rakyat kerana derma serta bantuan kepada Palestin adalah perkara sejagat.

“Kerajaan mesti menjelaskan mengapakah agensi penguatkuasaan di bawah kerajaan mengambil tindakan membekukan akaun bagi aktiviti kemanusiaan,” katanya.

Mengulas mengenai siasatan terbabit, beliau berkata, SPRM hadir pertama kali ke premis Aman Palestin pada 17 Oktober lalu, namun tiada serbuan atau tangkapan dibuat ketika itu.

Katanya, penggeledahan dan pembekuan akaun hanya dilakukan sehari selepas kenyataan SPRM dikeluarkan pada 23 November lalu.

Sejak kehadiran SPRM di premis Aman Palestin pada Oktober lalu itu, tegasnya, pengurusan pertubuhan itu memberikan kerjasama baik hingga kini, malah setiap dokumen yang diminta agensi berkenaan diserahkan.

Aman Palestin juga menggesa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang membangkitkan isu pembekuan dana itu di Dewan Rakyat – Gambar Scoop/Alif Omar, 27 November, 2023

“Sehingga kini Aman Palestin sudah mengeluarkan kos fotokopi dokumen berkenaan hampir RM12,000 dan dari 17 Oktober hingga hari ini, tiga staf, CEO (ketua pegawai eksekutif) dan lima ahli lembaga pengarah (Aman Palestin) dipanggil ke pejabat SPRM di Putrajaya. Kesemua mereka hadir tanpa mengelak atau memberi sebarang sebab ketidakhadiran.

“Aman Palestin juga ingin mengesahkan bahawa sebanyak 41 akaun dibekukan SPRM kerana siasatan ini di bawah peruntukkan AMLATAPUAA 2001, dengan bukan semuanya milik Aman Palestin tetapi milik rakan strategik Aman Palestin serta akaun ahli lembaga pengarah dan kakitangan,” katanya.

Menurutnya, sehingga hari ini, aset dibekukan itu membabitkan 12 bidang tanah, empat bangunan, empat kereta dan RM15, 868,762 disumbangkan rakyat Malaysia.

“Kesemua aset ni semata-mata untuk pelaburan yang dibenarkan di bawah memorandum dan artikel Aman Palestin, bertujuan semata-mata bagi mempertingkatkan kebolehan Aman Palestin memberi bantuan kemanusiaan dan bukanlah bagi tujuan peribadi ahli lembaga pengarah Aman Palestin. Kesemua aset in diperoleh dengan hasil yang halal, selain bukan daripada sumber haram,” katanya. – 27 November, 2023

Topics

 

Hangat

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

RM5,000 fine for not reporting sexual crimes against children too low — Hafiz Hasan

Minors better protected if all offences under Sexual Offences Against Children Act 2017 are made seizable offences

Related