Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1701102157:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 139711
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-98283
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-98283
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:84:"Pertubuhan bukan kerajaan itu berkata, ia timbul kerana tidak melalui pihak kedutaan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Aman Palestin
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Aman Palestin menegaskan, dakwaan bahawa dana pertubuhan bukan kerajaan itu tidak sampai ke Palestin hanyalah ‘salah faham’ dan timbul kerana ia tidak disalurkan melalui Duta Palestin ke Malaysia.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 59
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 329
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750087752";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:15;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749830580";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:20;i:1;i:16;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750087752
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
‘Dakwaan itu salah faham, dana memang sampai kepada penerima disasarkan’: Aman Palestin | Scoop

‘Dakwaan itu salah faham, dana memang sampai kepada penerima disasarkan’: Aman Palestin

Pertubuhan bukan kerajaan itu berkata, ia timbul kerana tidak melalui pihak kedutaan

12:16 AM MYT

 

BANGI – Aman Palestin menegaskan, dakwaan bahawa dana pertubuhan bukan kerajaan itu tidak sampai ke Palestin hanyalah ‘salah faham’ dan timbul kerana ia tidak disalurkan melalui Duta Palestin ke Malaysia.

Pengerusi Lembaga Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman mendakwa orang ramai membuat tuduhan tanpa memahami perkara terbabit secara menyeluruh.

“Sebenarnya bukan kerana NGO tidak menghantar dana, NGO Malaysia khususnya Aman Palestin sudah menyampaikan dana itu sejak 18 tahun lalu.

“Kenapa (mereka) kata kami tidak hantar? Ini kerana kami tidak salurkannya melalui Duta Palestin ke Malaysia,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Aman Palestin di Bandar Baru Bangi di sini, malam ini.

Bagaimanapun, Zaik tidak menjelaskan secara terperinci prosedur pertubuhan bukan kerajaan itu ketika menyalurkan dana ke Palestin.

Lebih RM70 juta daripada dana dikumpul Aman Palestin dikatakan disalur kepada syarikat yang didakwa menggunakannya untuk membuat pelaburan tunai, selain membeli emas dan hartanah.

Perkara itu didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi siasatannya selepas melakukan lima serbuan pada 24 November, termasuk ke atas syarikat berkenaan, kata sumber kepada The Star.

Aman Palestin mahu SPRM menjawab semua persoalan mengapakah akaun kutipan dana untuk bantuan kemanusian dibekukan – Gambar Scoop/Alif Omar, 28 November, 2023

Dilaporkan juga hasil siasatan mendapati, syarikat itu memiliki 27 aset, seperti bangunan dan bidang tanah serta wang yang dipindahkan kepada syarikat lain.

Semalam, dilaporkan empat jongkong emas gred satu kilogram (kg) Gred 999.9 antara barangan dirampas dalam serbuan itu.

Ketua Pengarah SPRM, Tan Sri Azam Baki dipetik sebagai berkata, serbuan dilakukan di pejabat Aman Palestin dan kediaman tiga pegawainya.

Pada Oktober lalu, Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak menyumbang kepada usaha derma meragukan yang mendakwa membantu rakyat Palestin susulan konflik di Gaza.

Bercakap kepada Scoop, Walid Abu Ali menekankan kepentingan memastikan derma diniatkan untuk Palestin itu sampai kepada penerima disasarkan, selain mengingatkan rakyat Malaysia mengenai kepentingan memberikan sumbangan ke saluran betul.

Bagaimanapun, beliau memuji dengan menyatakan rakyat Malaysia bermurah hati dalam menunjukkan sokongan padu dan berkekalan untuk Palestin. – 28 November 2023

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Has J-Kom ‘strayed’ from its true purpose of promoting govt programmes?

Has the Community Communications Department (J-Kom), an agency tasked with disseminating information on the benefits and development of government programmes to the people, “strayed” from its intended purpose?

Related