Remaja berketayap tikam pemandu e-hailing sudah ditahan di Sungai Petani

Siasatan awal mendapati kejadian berpunca suspek marahkan pemandu terbabit kerana dimaki ketika cuba mengambil semula wang bayaran tambang

10:59 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang bertindak menikam pisau di dada pemandu e-hailing dalam video yang tular dipercayai berlaku di Sungai Petani, Kedah sudah ditahan polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca disebabkan suspek marahkan pemandu berusia 65 tahun itu kerana dimaki dan cuba mengambil semula wang bayaran tambang.

“Berdasarkan laporan, pemandu terbabit menerima pesanan penumpang melalui aplikasi Grab pada jam 5.43 petang semalam untuk mengambil penumpang terbabit di Lorong Taman Keladi, di Sungai Petani.

“Sewaktu dalam perjalanan ke Bandar Sri Astana, penumpang terbabit meminta agar pemandu itu meminjamkan wang sebanyak RM50 untuk membayar sewa rumah.

“Bagaimanapun pemandu itu memberitahu jika tiada wang, dia terpaksa menurunkan penumpang terbabit di lokasi berkenaan tetapi suspek enggan dan meminta membawanya ke rumah di Bandar Sri Astana untuk mengambil wang bagi membayar tambang itu,” katanya seperti dilaporkan BH.

Namun Zaidy berkata, sebaik sampai di rumah berkenaan, remaja terbabit meminta pemandu itu membawanya semula ke Taman Keladi dan menerima bayaran sebanyak RM18 daripada remaja berkenaan dan turut melengahkannya kerana membawanya ke beberapa lorong kecil.

“Pengadu terpaksa menurunkan penumpang itu di lokasi berkenaan dan meminta bayaran tambahan sebanyak RM9 dan penumpang itu memberikan wang RM20.

“Sewaktu pemandu itu mahu memulangkan baki wang, suspek menikam dada kirinya dengan sebilah pisau. Namun pemandu itu sempat merampas pisau serta mengigit tangannya untuk mempertahankan diri dan suspek kemudian ketika mengambil semula wang tambangmelarikan diri,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, polis berjaya merampas sebilah pisau berhulu hitam berukuran 25 sentimeter (cm) yang dibawa remaja berkenaan dan ditinggalkan di tempat kejadian.

“Pemandu e-hailing itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Jelas beliau lagi, remaja lelaki itu adalah anak sulung daripada empat beradik dan bukan dalam kalangan keluarga bermasalah.

“Hasil ujian saringan awal air kencing terhadapnya mendapati remaja itu bebas dari pengaruh dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini,” katanya.

Zaidy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan remaja lelaki itu direman bermula hari ini untuk membantu siasatan. – 28 November, 2023

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related