Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1701238174:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 140266
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:179:"Perkataan itu disebut Che Mohamad kerana tidak berpuas hati dengan ayat dikeluarkan Rayer yang didakwa menggelarnya dan beberapa Ahli Parlimen pembangkang lain sebagai ‘macai’";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Dewan Rakyat
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh beberapa minit apabila Ahli Parlimen Besut, Che Mohamad Zulkifly Jusoh menyebut perkataan ‘celaka’ ketika bergaduh mulut dengan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 52
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 157
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750127564";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:2;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750127564
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Ahli Parlimen Besut bengang gelaran macai, ‘kurang ajar punya Jelutong, jangan jadi celaka’ | Scoop

Ahli Parlimen Besut bengang gelaran macai, ‘kurang ajar punya Jelutong, jangan jadi celaka’

Perkataan itu disebut Che Mohamad kerana tidak berpuas hati dengan ayat dikeluarkan Rayer yang didakwa menggelarnya dan beberapa Ahli Parlimen pembangkang lain sebagai ‘macai’

1:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh beberapa minit apabila Ahli Parlimen Besut, Che Mohamad Zulkifly Jusoh menyebut perkataan ‘celaka’ ketika bergaduh mulut dengan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.

Perkataan itu disebut Che Mohamad kerana tidak berpuas hati dengan ayat dikeluarkan Rayer yang didakwa menggelarnya dan beberapa Ahli Parlimen pembangkang lain sebagai ‘macai’.

‘Saya minta macai-macai semua duduk, jadi puan pengerusi, saya akan gulung…’ kata Rayer.

Beliau berkata demikian selepas beberapa pemimpin pembangkang, termasuk Che Mohamad bangkit kerana berang dengan kenyataan Rayer yang seolah-olah mengatakan pemerintahan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, melanggar hak asas manusia.

Justeru, Rayer berkata, beliau menyokong Pindaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini.

Katanya, ia boleh memastikan pelanggaran hak asasi manusia seperti yang berlaku semasa pemerintahan Muhyiddin tidak berulang pada masa akan datang.

“Bagaimana masa pemerintahan dulu, BN (Barisan Nasional) macam mana, tak akan Pagoh je…Kurang ajar punya Jelutong, apa macai-macai, kurang ajar, jangan jadi celaka,” kata Che Mohamad.

“Puan pengerusi, saya minta Besut tarik balik kenyataan celaka itu…saya masih lagi minta, itu (celaka) pelanggaran peraturan tetap, saya minta beliau tarik balik kenyataan itu, beliau sudah ulangi beberapa kali, saya tak menghalakannya kepada Besut,” kata Rayer apabila Che Mohamad enggan berbuat demikian.

“Saya kata jangan jadi celaka, saya tak kata awak celaka, ke awak rasa awak celaka…saya juga minta tarik perkataan macai,” tegas Che Mohamad sebelum Rayer menyatakan macai tidak membawa maksud kasar atau kurang ajar kerana ia bermakna ‘anak buah’.

Situasi tegang itu menyebabkan Timbalan Speaker, Alice Lau mengarahkan Che Mohamad menarik balik perkataan ‘celaka’ kerana ia perkataan yang tidak berparlimen (tidak sesuai).

“Yang mana satu, perkataan mana saya kena tarik balik,” soal Che Mohamad.

“Yang unparliamentary word (tidak berparlimen), perkataan itu perlu ditarik balik,” jawab Alice.

“Perkataan mana, saya pun tak faham saya nak tarik balik perkataan mana, saya kata jangan jadi, saya tak kata dia celaka, jadi saya nak tarik balik perkataan mana, jangan jadi celaka tu kena tarik balik?” kata Che Mohamad.
Kedegilan wakil rakyat terbabit membuatkan Alice meninggikan sedikit suara dengan mengatakan adakah kata-kata tidak baik seperti itu, boleh diguna pakai mana-mana Ahli Parlimen, dengan alasan mereka meletakkan perkataan awalan seperti ‘saya kata jangan jadi…’

“Adakah ini bermaksud lain kali semua unparlimentary words boleh digunakan dengan perkataan jangan sebelum itu,” katanya.

“Ok saya tarik balik,” ujar Besut. – 29 November, 2023

Topics

 

Hangat

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related