Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1701266260:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 172
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 140252
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750029247";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:16;i:1;i:23;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750029247
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

)
Runtuhan gudang: CIDB lakukan siasatan terperinci | Scoop

Runtuhan gudang: CIDB lakukan siasatan terperinci

7:44 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sedang menjalankan siasatan awal dan terperinci berhubung kejadian projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas dekat sini, yang runtuh malam semalam.

CIDB dalam kenyataan hari ini memaklumkan, maklumat awal daripada pegawai penguatkuasa CIDB Pulau Pinang yang berada di tapak kejadian mendapati 14 batang tiang rasuk telah runtuh menyebabkan lantai konkrit jatuh menghempap pekerja yang sedang berada di tingkat bawah.

“Siasatan itu dibuat berhubung aspek keselamatan pembinaan mengikut Seksyen 34B Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) antara lain menekankan kewajipan kontraktor dalam memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan sama ada semasa atau selepas kerja pembinaan dijalankan.

“Menurut Akta 520, mana-mana kontraktor yang melanggar kewajipan dalam memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan dan pelanggaran kewajipan itu menyebabkan kematian adalah dianggap melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan dalam siasatan insiden itu, CIDB akan bekerjasama dengan agensi lain yang berkaitan seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan pihak berkuasa tempatan bagi menjalankan siasatan terperinci.

“Siasatan itu antara lain meliputi sama ada terdapat sebarang ketidakpatuhan yang turut melibatkan akta, undang-undang dan peraturan yang berada di bawah kawalan mereka,” menurut kenyataan itu.

Dalam kejadian kira-kira 9.58 malam itu, tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh disahkan maut selepas gudang logistik dalam pembinaan itu runtuh manakala dua lagi mangsa dilaporkan parah dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan. – 29 November, 2023

Topics

 

Hangat

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related