PRK Kemaman penting pastikan Kerajaan Perpaduan terus kukuh: PM

"Bawa perubahan? kita ajak UMNO, Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), PKR, DAP, Amanah, GPS, GRS, kita cuba selesaikan."

1:20 AM MYT

 

CHUKAI – Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman penting untuk memastikan Kerajaan Perpaduan terus kukuh dan berupaya meneruskan pelbagai usaha menjaga kebajikan rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebab itu saya datang susah payah hari ini, sebab saya mahu orang Kemaman bagi isyarat jelas, nak apa lagi kita belum buat, berdepan Amerika Syarikat, kita sanggup, buat program pendidikan kita sanggup.

“Bawa perubahan? kita ajak UMNO, Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), PKR, DAP, Amanah, GPS, GRS, kita cuba selesaikan,” katanya pada Ceramah Mega Perpaduan MADANI PRK Kemaman di Dataran Restoran Cahaya Mesra, Geliga malam ini.

Justeru, Anwar meminta rakyat Kemaman mengangkat calon BN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang telah berjasa kepada negara, sebagai wakil rakyat pada 2 Disember ini, sekali gus memecahkan rekod pemerintahan PAS di Terengganu.

Beliau berkata, calon yang juga bekas Panglima Angkatan Tentera itu, bukan calang-calang orang dan beliau melalui pelbagai rintangan sebelum diangkat ke jawatan tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Perdana Menteri juga berkata, kerajaan akan memberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah perumahan yang membelenggu generasi kedua dan ketiga Felda – Gambar Pejabat Perdana Menter, 30 November, 2023

“Nak naik kena melalui Menteri Pertahanan kepada Perdana Menteri, kepada Yang di-Pertuan Agong perkenan bagi pihak Raja-Raja Melayu, baru terangkat beliau sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) dan rekod beliau sebagai PAT itu rekod yang baik, tak ada cacat cela.

“Sekurang-kurangnya orang Kemaman, kenang jasa orang yang jaga, pertahan setiap inci bumi bertuah ini,” katanya.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga memberi jaminan bekas Panglima Angkatan Tentera itu tidak hanya akan jadi Ahli Parlimen biasa sekiranya menang, Sabtu ini.

“Dengan kedudukan beliau, saya percaya kalau dia jadi Ahli Parlimen, tak akan nak jadi Ahli Parlimen biasa, kita kena bagi tugas supaya hubungan dengan kerajaan dan Perdana Menteri baik, jadi pastikan kemenangan calon BN,” katanya.

Anwar turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada BN khususnya UMNO, yang memperkukuhkan pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga berjaya mencapai setahun pemerintahan bersama.

“Hari ini genap satu tahun Kerajaan Perpaduan dan yang membantu menegakkan Kerajaan Perpaduan ini ialah BN dan UMNO, kerana pemimpin UMNO itu bukan calang-calang orang seperti (Datuk Seri Ahmad) Zahid Hamidi, yang berani ambil keputusan dan istiqamah dengan keputusan itu,” katanya.

PRK Sabtu ini menyaksikan Raja Mohamed Affandi berdepan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS. – 30 November, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related