Shafee jawab kaitan Altantuya, Najib, ‘sebenarnya gambar ini semasa dikeluarkan…’

Menurutnya, gambar Najib bersama Razak Baginda dan Altantuya adalah palsu dan disunting

1:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Saya tak tahu langsung (siapa dia), tak pernah jumpa, tak pernah dengar nama Altantuya (Altantuya Shaariibuu).”

Demikian tegas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai dakwaan hubungannya dengan wanita warga Mongolia, Altantuya yang ditembak di kepala pada 2006 di kawasan hutan di Puncak Alam, Selangor dengan mayatnya diletupkan menggunakan bahan letupan.

Penegasan itu diceritakan oleh peguam belanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerusi program Keluar Sekejap yang dikendali dan dihoskan oleh bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bersama bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan.

Malah dalam program berkenaan, Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ menunjukkan bukti berupa ‘gambar’ mendakwa Najib ada bersama Altantuya dan Abdul Razak Baginda.

Khairy: Saya tunjuk bukti, (Datuk Seri) Najib tahu siapa Altantuya. Ini adalah gambarnya. Boleh Tan Sri sahkan?

Muhammad Shafee: Seolah-olah ada Razak (Razak Baginda), Altantuya dan tengahnya jelas Najib. Sebenarnya gambar ini semasa dikeluarkan, Datuk Seri (Najib) terkejut. Beliau memang tak tahu langsung, tak pernah jumpa, tak pernah dengar nama Altantuya, sebelum Altantuya meninggal dunia. Jadi saya tunjuk gambar itu (kepada Najib), kita tahu (salah seorang bekas Ahli Parlimen) telah buat pengakuan bahawa beliau edit (sunting) gambar ini dan mengaku sebagai joke (gurauan).

Khairy: (Semasa tunjukkan gambar) Datin Seri Rosmah Mansor ada sekali (bersama Najib)?

Muhammad Shafee: Tiada, beliau (Najib) seorang sahaja.

Pada masa sama, Shafee menegaskan, Najib juga memberitahu bahawa beliau tidak fikir Altantuya pernah berada di hotel yang sama ketika di luar negara.

“Saya tanya ada orang kata you (Najib) bersarapan dengan Razak Baginda dan juga Altantuya. Dia (Najib) tengok tepat ke arah saya dan dia kata, ‘no, no such thing’ (tak, tiada perkara seperti itu).

“I do not know who this girl is (saya tak tahu siapa gadis itu), never seen her (tak pernah lihat dia). I don’t think she has ever been in the same hotel overseas anywhere where I was (saya tak fikir dia berada di hotel yang sama di luar negara di mana saya berada),” katanya.

Menurut Shafee lagi, ketika mewakili Razak Baginda berkenaan jaminan di mahkamah, beliau terpaksa bertanyakan pelbagai soalan sehingga dimarahi oleh penganalisis politik itu.

“Soalan saya terlalu mendesak, saya tanya dia (Razak Baginda), siapa Altantuya kepada kamu? Jawapan dia sama seperti di mahkamah. Dia tinggal dalam lokap dan saya kemudiannya bergegas pula bertemu Datuk Seri (Najib).

“Saya tanya juga siapa Altantuya kepada Datuk Seri. Begitulah juga jawapannya, tidak tahu siapa wanita tersebut, tak pernah jumpa,” katanya. – 1 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related