Imigresen gempur setinggan di Pantai Dalam, 69 pati ditahan

Serbuan itu dijalankan hasil daripada risikan selama seminggu selepas menerima aduan awam  mengenai keberadaan warga asing yang menghuni kawasan itu

9:30 AM MYT

 

KUALA LUMPUR Jabatan Imigresen menahan 69 pendatang tanpa izin dalam Operasi Penguatkuasaan di sebuah perkampungan setinggan di Kampung Pantai Dalam di sini, awal hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen, Jafri Embok Taha berkata mereka antara 110 warga asing yang diperiksa dalam serbuan bermula 1.30 pagi dengan disertai 111 anggota serta dibantu masing-masing empat anggota Jabatan Pendaftaran Negara dan Angkatan Pertahanan Awam.

Beliau berkata kesemua individu itu berumur dua hingga 70 tahun, terdiri daripada 45 lelaki, 23 wanita serta seorang kanak-kanak lelaki.

Serbuan itu, katanya dijalankan hasil daripada risikan selama seminggu selepas menerima aduan awam  mengenai keberadaan warga asing yang menghuni kawasan itu.

“Antara kesalahan disyaki dilakukan mereka ialah tinggal lebih masa, tidak mempunyai dokumen dan permit perjalanan yang sah serta lain-lain kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Pihak imigresen juga mengeluarkan satu saman kepada seorang lelaki warga tempatan yang menetap di kawasan perkampungan itu dipercayai melindungi pendatang tanpa izin dengan membenarkan mereka tinggal di rumahnya,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Jafri Embok berkata semua yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, seorang pendatang tanpa izin yang ditahan dalam operasi itu memaklumkan dia memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial, namun telah tinggal lebih masa hingga bernikah dan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun. 

Wanita warga Indonesia berusia 26 tahun itu berkata dia masuk ke negara ini pada 2018 dengan niat mahu mencari pekerjaan selain didorong bapanya yang turut menetap di negara ini serta telah mendapat taraf pemastautin tetap.

“Arwah bapa yang nikahkan kami. Suami dan anak saya juga telah ditahan malam ini. Sepanjang tempoh lima tahun di sini, saya tidak pernah menghadapi situasi diperiksa seperti malam ini.

“Saya ambil keputusan untuk mencari rezeki di Malaysia kerana nak sara keluarga yang miskin di Madura, Indonesia,” katanya yang menyewa bilik pada harga RM400 sebulan di kampung itu hasil bekerja sebagai tukang cuci dengan bayaran RM1,500 sebulan. – 2 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related