Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1701585861:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 128
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 141676
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-140984
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:63:"Lapan kluster Covid-19 masih aktif, majoriti kluster pendidikan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Covid-19
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Kes Covid-19 dalam negara menunjukkan trend peningkatan sejak bulan lalu.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 71
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750539115";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:6;i:1;i:20;i:1;}}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750592628";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:11;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750592628
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-140984
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Kes Covid-19 dalam negara meningkat 57.3 peratus | Scoop

Kes Covid-19 dalam negara meningkat 57.3 peratus

Lapan kluster Covid-19 masih aktif, majoriti kluster pendidikan

2:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kes Covid-19 dalam negara menunjukkan trend peningkatan sejak bulan lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, pada minggu epidemiologi ke-47 (ME 47/2023) dari 19 hingga 25 November lalu, sebanyak 3,626 kes dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 57.3 peratus, berbanding 2,305 kes pada ME 46/2023 (12 hingga 18 November 2023).

Menurutnya, majoriti kes (48 peratus) terdiri daripada mereka yang berusia antara 20 hingga 40 tahun, dan lebih 98 peratus hanya bergejala ringan.

“Kes mingguan dikesan telah melepasi angka 1,000 pada setiap minggu sejak Minggu ME 41/2023 sehingga ke ME 47/2023 dengan kadar peningkatan antara 7.1 hingga 57.3 peratus.

“Seterusnya terdapat lapan kluster Covid-19 yang masih aktif dilaporkan dengan sejumlah 121 kes terlibat dalam kluster tersebut. Jumlah kumulatif kluster yang dilaporkan sehingga ME 47/2023 adalah sebanyak 7,248. Majoriti kluster yang dilaporkan adalah kluster pendidikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kadar kemasukan pesakit Covid-19 (termasuk pesakit yang disyaki Covid-19) ke fasiliti kesihatan meningkat kepada 2.9 bagi setiap 100,000 penduduk pada ME 47/2023 berbanding ME 46/2023.

Katanya, pada ME 47/2023 pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 0.4 peratus manakala peratus pengisian katil bukan kritikal Covid-19 pula adalah sebanyak 0.9 peratus.

“Peratusan pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) kekal pada 0.2 peratus. Pada ME 47/2023, sebanyak empat varian Omicron baharu dilaporkan yang kesemuanya terdiri daripada Variant of Concern (VOC).

“Jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan VOl adalah sebanyak 28,102 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut 27,297 kes adalah VOC manakala 805 kes adalah VOI.

“Bagi VOC, 72.8 peratus adalah terdiri daripada varian Omicron dikuti dengan 26.3 peratus daripada varian Delta dan selebihnya adalah varian Beta dan Alpha manakala bagi kes-kes VOI, 785 kes (97.5 peratus) currently circulating VOI (519 kes XBB.1.16 dan sublineages, 251 kes XBB.1.5 dan sublineages, serta 15 kes EG.5 dan sublineages) telah dilaporkan,” katanya.

Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, Kes mingguan dikesan telah melepasi angka 1,000 kes pada setiap minggu sejak Minggu ME 41/2023 sehingga ke ME 47/2023 – Gambar Bernama, 3 Disember, 2023

Baru-baru ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melaporkan peningkatan varian Omicron baharu BA.2.86 yang pertama kalinya dilaporkan pada 24 Julai lalu.

la juga diklasifikasikan sebagai Varian of Interest (VOl).

Sehingga kini terdapat hampir 46 negara melaporkan varian BA.2.86.

Walau bagaimanapun, tiada perubahan dari segi klinikal dan keterukan disebabkan oleh varian ini.

Di Malaysia, sebanyak dua (2) kes BA.2.86 telah dilaporkan pada ketika ini.

Kes tersebut dikesan melalui aktiviti saringan gejala di bawah program survelan ILI/COVID-19 yang dijalankan di klinik kesihatan. Kedua-dua kes tidak mempunyai sejarah ke luar negara dalam tempoh 14 hari sebelum gejala.

Mereka telah dirawat sebagai pesakit luar dan dalam keadaan stabil. – 3 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related