Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1701698415:17
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 153
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 142068
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 17
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:130:"Kadar peningkatan dalam pasaran pembangunan tahun depan akan membantu mata wang di rantau ini mengukuh lebih baik termasuk ringgit";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => BNM
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Ringgit dijangka mengukuh pada tahun akan datang berdasarkan peningkatan dalam pasaran pembangunan selain pelaksanaan pelbagai projek yang menarik pelaburan langsung asing (FDI).
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 58
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752499683";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:13;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752054811";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:9;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752306348";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:7;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752499683
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

)
BNM ramal ringgit lebih mengukuh tahun akan datang | Scoop

BNM ramal ringgit lebih mengukuh tahun akan datang

Kadar peningkatan dalam pasaran pembangunan tahun depan akan membantu mata wang di rantau ini mengukuh lebih baik termasuk ringgit

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ringgit dijangka mengukuh pada tahun akan datang berdasarkan peningkatan dalam pasaran pembangunan selain pelaksanaan pelbagai projek yang menarik pelaburan langsung asing (FDI).

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata, kadar peningkatan dalam pasaran pembangunan tahun depan akan membantu mata wang di rantau ini mengukuh lebih baik termasuk ringgit.

“Asas ekonomi kita pada masa ini positif. Kerajaan juga mempunyai banyak pengumuman tahun ini, mengenai projek infrastruktur, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan banyak lagi yang sedang diusahakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk juga berita penting mengenai FDI.

“Kami menjangkakan ini (FDI) akan mula mengalir dalam pasaran pada suku tahun akan datang dan itu juga akan mewujudkan lebih banyak momentum untuk ringgit.

“Kami positif terhadap unjuran ringgit untuk tahun akan datang. Saya rasa ramai penganalisis pasaran juga meramalkan ringgit yang lebih kukuh pada tahun akan datang,” katanya ketika berucap pada ‘Bengkel Media BNM 2023’ di sini, hari ini.

Semalam Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata, ringgit dijangka pulih bersama-sama mata wang pasaran sedang pesat membangun lain, sebaik sahaja bank pusat di ekonomi maju selesai menaikkan kadar faedah mereka.

Menurutnya, walaupun ringgit terus melemah tahun ini, paras kadar faedah semasa di Malaysia sudah memadai untuk menyokong ekonomi.

Mata wang tempatan merosot kepada hampir RM4.80 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Oktober, paras paling lemah sejak kemuncak Krisis Kewangan Asia (AFC) pada 1998.

Ia kekal sebagai antara mata wang berprestasi paling lemah dalam kalangan negara Asia yang sedang pesat membangun tahun ini, setelah jatuh kira-kira 6.0 peratus berbanding dolar AS.

Sementara itu, Adnan Zaylani berkata, media memainkan peranan penting dalam mendidik dan memaklumkan masyarakat mengenai keadaan yang mempengaruhi turun naik nilai ringgit.

Katanya, ini kerana apa yang ditulis media boleh mengubah persepsi pandangan umum mengenai sesuatu perkara.

“Berdasarkan perspektif kami, laporan yang tepat adalah penting dalam meningkatkan keyakinan. Namun penulisan yang berat sebelah atau sensasi boleh menanam ketakutan dan mengikis kepercayaan.

“Terutama dalam pasaran tukaran mata wang. Bagi ramai pemain besar, keyakinan dan kepercayaan bagi mereka adalah sangat penting,” katanya. – 4 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Impact of social engineering on fake news: insights from M’sia – Syed Mohammed Idid

IN the digital age, social engineering has emerged as a pervasive tactic used to manipulate individuals and exploit their trust. This article explores the concept of social engineering and its significant impact on the proliferation of fake news. By examining a recent example in the Malaysian context, we can better understand the dangers associated with this phenomenon.

Kasih sayang, berbuat baik kepada jiran antara terkandung dalam Hadis 40 Imam Nawawi

Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi secara amnya menghimpunkan panduan kehidupan yang bukan menjurus kepada ibadah umat Islam semata-mata malah merangkumi keseluruhan moral dan nilai murni kehidupan manusia pelbagai agama dan kefahaman

Related