Jangan terpedaya helah scammer tawar khidmat ‘cash out’ eMadani: Fahmi

Aktiviti penipuan ini dilihat semakin berleluasa setiap kali kerajaan mengumumkan pemberian bantuan untuk rakyat

1:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menasihati orang ramai agar tidak terperdaya dengan helah scammer atau penipu yang menawarkan khidmat penebusan tunai (cash out) bagi kredit e-tunai RM100, eMadani.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata aktiviti penipuan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini dilihat semakin berleluasa setiap kali kerajaan mengumumkan pemberian bantuan untuk rakyat.

“Contohnya dulu, sewaktu diumum boleh keluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), macam-macam scam berlaku, apabila diumumkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), macam-macam juga berlaku. Samalah untuk eMadani.

“Tolong hati-hati, baca betul-betul (syarat)…jangan ‘cash out’, sebab kalau ada siapa-siapa kata dia boleh bagi duit, dijamin dia tak akan bagi duit, kita akan hilang RM100,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Wisma Bernama selepas menjadi tetamu rancangan Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV pagi ini, bagi mengulas isu penebusan tunai itu yang ditawarkan di media sosial sejak semalam. 

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan menerima lebih tujuh juta permohonan bagi kredit eMADANI setakat 5 petang Isnin.

Kerajaan memaklumkan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai sebaliknya hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.

Fahmi berkata angka tujuh juta itu satu jumlah amat besar dan sudah tentu memerlukan sedikit masa bagi membuat pengesahan identiti pemohonan dan seterusnya membuat penyaluran kredit. 

“Saya ada dapat maklum balas dan baca laporan media tentang ada menyatakan terpaksa tunggu lama selama lima hari, tapi bila kita semak dengan MOF ada sedikit salah faham dan saya rasa laporan telah dibetulkan, iaitu sehingga lima hari, sepantas sehari, paling lama lima hari,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata tuntutan kredit eMadani secara sekali bayar itu akan memberi manfaat kepada 10 juta rakyat dewasa yang layak, melibatkan peruntukan RM1 bilion.

Bantuan itu disasarkan bagi rakyat berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah melibatkan golongan dewasa berusia 21 tahun ke atas dalam kalangan B40 serta M40. – 5 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Wan Ahmad Dahlan dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, menggantikan Zulkapli

Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, 58, dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Jabatan Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa esok.

Related