Tiada laporan penipuan eMadani setakat ini tapi waspada, elak jadi mangsa: Polis

Antara langkah yang boleh diambil adalah tidak menekan sebarang pautan daripada mana-mana iklan atau emel

4:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Polis belum menerima sebarang laporan berhubung penipuan program eMadani namun mahu semua pihak sentiasa berwaspada bagi mengelak dari menjadi mangsa penipuan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf turut menyenaraikan beberapa langkah yang wajar diambil oleh orang ramai.

“Langkah yang boleh diambil ialah mendaftar program eMadani melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan TnG e-Wallet.

“Selain itu jangan tekan sebarang pautan daripada mana-mana iklan atau emel dan jangan menggunakan orang tengah sebagai pendaftaran bagi akaun e-dompet anda.

“Patuhi syarat-syarat penggunaan seperti yang ditetapkan oleh kerajaan,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menasihati orang ramai agar tidak terperdaya dengan helah scammer atau penipu yang menawarkan khidmat penebusan tunai (cash out) bagi kredit e-tunai RM100, eMadani.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata aktiviti penipuan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini dilihat semakin berleluasa setiap kali kerajaan mengumumkan pemberian bantuan untuk rakyat.

Bantuan e-wallet RM100 merupakan inisiatif terbaharu yang diumumkan kerajaan bagi golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Ia disalurkan antara 4 Disember sehingga 20 Februari 2024.

Bantuan terbabit diumumkan pada 27 Julai lepas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat dan dikreditkan kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas. – 5 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related