Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1701908899:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 173
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 142801
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:186:"Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata mayat Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemukan pada jam 10 malam oleh penduduk setempat dengan bantuan anggota polis";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => polis
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun yang dilaporkan hilang sejak tengah hari semalam di Damansara Damai ditemukan meninggal dunia di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamanannya di sini, malam ini.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 47
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750189558";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:17;i:1;i:19;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750527663";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:17;i:3;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750527663
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Kanak-kanak lelaki autisme yang hilang sejak semalam ditemukan meninggal dunia | Scoop

Kanak-kanak lelaki autisme yang hilang sejak semalam ditemukan meninggal dunia

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata mayat Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemukan pada jam 10 malam oleh penduduk setempat dengan bantuan anggota polis

8:26 AM MYT

 

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun yang dilaporkan hilang sejak tengah hari semalam di Damansara Damai ditemukan meninggal dunia di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamanannya di sini, malam ini.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata mayat Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemukan pada jam 10 malam oleh penduduk setempat dengan bantuan anggota polis.

Beliau berkata Zayn Rayyan kali terakhir dilihat di rumahnya di Blok R, Apartment Idaman, Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, Petaling Jaya pada jam 12 tengah hari semalam.

“Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Pusat Perubatan Unversiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian malam ini.

Mengulas sama ada kanak-kanak itu diculik atau sebaliknya, Mohd Fakhrudin berkata pihaknya setakat ini tidak mendapati sebarang unsur penculikan.

Mengulas mengenai keadaan mayat ketika ditemui, Mohd Fakrudin berkata mayat kanak-kanak itu dalam keadaan sempurna dan lengkap berpakaian sukan.

“ Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat khususnya masyarakat setempat yang membantu polis dalam operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak ini,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi, yang juga penduduk setempat yang terlibat mencari kanak-kanak itu, Faizol Najib Abudi Naim, 45, berkata beliau melakukan solat Isyak dan solat hajat sebelum meneruskan usaha mencari Zayn Rayyan malam ini.

“Sebelum ini termasuk siang tadi, saya bersama rakan-rakan lain mencari dia di kawasan berhampiran sungai namun tidak jumpa tetapi hari ini (malam ini) hati saya tergerak untuk mencari di tempat yang sama.

“Saya guna lampu suluh di kawasan anak sungai dan nampak sekujur tubuh lalu terus saya terjun ke dalam anak sungai berkenaan,” katanya.

Faizol berkata beliau memanggil Zayn Rayyan kerana menyangka kanak-kanak itu keletihan kerana dilihat berada dalam keadaan mengiring.

“Saya panggil nama dia (Zayn) tetapi dia tidak menyahut, terus saya menjerit memanggil ambulans rupanya Zayn Rayyan sudah tidak bernyawa. Saya sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham,” katanya. – 7 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related