Isham belum terima surat pemecatan, tapi sudah disingkir daripada Whatsapp MKT

Isham berkata, beliau mengetahui sudah dikeluarkan daripada kumpulan perbualan itu malam tadi

3:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil yang disingkirkan daripada jawatan itu malam tadi, memaklumkan, beliau belum menerima surat pemecatannya.

Namun, Isham berkata, beliau sudah disingkirkan daripada kumpulan perbualan, Whatsapp MKT.

“Saya belum dapat surat. Yang saya tahu mereka sudah keluarkan saya daripada WhatsApp group (kumpulan) MKT Umno malam semalam,” katanya seperti dilaporkan BH.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam tadi, membuat keputusan memecat Isham dan perkara itu dilapor dikongsikan seorang pemimpin parti berkenaan yang turut hadir pada pertemuan terbabit.

Tindakan disiplin berkenaan dipercayai dikenakan kepada bekas Ketua Penerangan Umno itu, susulan kritikan berterusan dan kelantangannya terhadap pemimpin parti terbabit, termasuk Zahid, antaranya mengaitkan segelintir mereka sebagai ‘barua DAP’.

Isham dilantik Zahid sebagai Ahli MKT pada 24 Jun tahun lalu dan difahamkan, ia bagi menggantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang digugurkan daripada jawatan itu.

Bagaimanapun, Isham juga dikatakan mungkin dipecat susulan kenyataan protesnya petang semalam yang menegaskan beliau enggan menghadiri mesyuarat itu.

Tegasnya, beliau tetap dengan pendirian itu, selagi Zahid memilih untuk kekal menyertai pilihan raya bersama DAP.

Malah, Isham berkata, sebagai Ahli MKT bagi penggal kedua, beliau dapat membaca apa akan dilakukan Zahid dalam mesyuarat terbabit.

“Buat apa saya ikut kemahuan dia (Zahid) dan datang tadah muka di lubuknya.

“Kalau dia ikhlas, mungkin Presiden boleh tunaikan cabarannya untuk berdebat dengan saya sebelum ini, di gelanggang yang neutral. Kalau dia berani,” katanya. – 7 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Interfaith Council concerned over proposed guidelines on Muslim participation in non-Muslim events

It said the guidelines mooted by the government, could have implications for religious understanding, tolerance, and acceptance among all Malaysians

Related