Setahun Bersama Kerajaan Malaysia: Lebih 7,000 hadir bayar saman lalu lintas, syukur terima diskaun 50 peratus

Kaunter pembayaran saman menjadi tempat paling menjadi tumpuan pengunjung di program anjuran Kerajaan Perpaduan itu

5:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Diskaun menarik sebanyak 50 peratus ditawarkan sempena Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, menyaksikan lebih 7,000 pesalah lalu lintas tidak melepaskan peluang untuk hadir membayar saman pada hari pertama program itu.

Mereka mula hadir seawal jam 8 pagi bagi mendapatkan angka giliran awal untuk membayar saman masing-masing.

Ady Ashraf sanggup membawa keluarganya untuk membayar empat saman berjumlah lebih RM2000. – Gambar Helmi Anuar/Scoop, 8 Disember, 2023

Seorang individu, Ady Ashraf, 19, yang berasal dari Bandar Baru Sentul, memaklumkan, dia sanggup datang ke program itu bersama isteri, anak serta ibunya untuk mendapatkan diskaun ,bayaran saman berkenaan.

“Saya ada empat saman berjumlah lebih RM2,000. Saya bersyukur kerana dengan adanya potongan diskaun ini, dapat meringankan beban untuk saya membayar saman kerana nilai asalnya agak tinggi.

“Peluang ini memang baik, jadi saya harap orang ramai tidak melepaskannya untuk membayar saman dan jangan ulangi kesalahan trafik lagi kerana tawaran sebegini tidak datang selalu,” katanya kepada Scoop.

Bagi pemandu e-hailing dikenali Lok Siew Hong, 63, dia sanggup datang seawal 8 pagi untuk mendapatkan giliran awal untuk membantu rakannya melangsaikan saman, sebelum mengambil peluang menyaksikan tarikan di program itu.

“Saya tolong kawan. Dia sibuk lagipun saya kerja sebagai pemandu e-hailing. Boleh ke sana ke mari. Dia cuma ada satu saman, iaitu kesalahan melanggar lampu isyarat. Saya juga mahu belajar cara-cara membayar saman. Sebab itu saya datang ke sini.

Pemandu e-hailing, Lok Siew Hong. – Gambar Helmi Anuar/Scoop, 8 Disember, 2023

“Saya sempat pergi makan dan datang semula untuk menunggu giliran,” katanya yang masih menunggu angkanya dipanggil biarpun jam sudah menunjukkan hampir 5 petang.

Menerusi pemerhatian, antara jenis kesalahan trafik paling banyak dibayar adalah melebihi had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat.

Difahamkan, kaunter pembayaran saman tersebut ditutup jam 5 petang dan akan dibuka semula esok pada 9 pagi – 8 Disember 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related