Datuk Zayn Rayyan takut buka media sosial, ‘kalau tengok kecaman ia akan menggores perasaan’

Zahari Mohd Reba juga enggan memberi sebarang komen mengenai insiden menimpa cucunya itu, sebaliknya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan

10:51 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Zahari Mohd Reba, 55, datuk kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang mati dibunuh, mendedahkan takut untuk membuka media sosial kerana bimbang perasaan tergores apabila terbaca berita menimpa cucunya itu.

Menurutnya, dia tidak melayari media sosial miliknya sejak cucunya itu dilaporkan hilang sehingga hari ini.

“Jika buka dan kalau tengok (kecaman di laman media sosial) ia akan menggores perasaan saya dan keluarga. Jadi lebih baik saya tidak tengok kerana akhirnya ia akan beri kesan yang mendalam.

“Biasalah setiap perkara berlaku (di media sosial) ada komen baik dan tidak baik. Saya tidak mengambil serius kerana kebanyakannya bertujuan untuk disensasikan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Pada masa sama, Zahari yang rapat dengan Zayn Rayyan enggan memberi sebarang komen mengenai insiden menimpa cucunya itu, sebaliknya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.

“Saya tidak berniat mahu bercakap mengenai kejadian itu, cuma harap orang yang terlibat dihadap ke mahkamah agar arwah cucu saya mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan meminta orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan kes itu di media sosial.

Beliau berkata, pihaknya mengesan beberapa komen atau posting dalam laman sosial mengenai kematian kanak-kanak itu.

Menurutnya, komen-komen sedemikian bukan sahaja mencetuskan kegusaran kepada orang ramai tetapi juga akan mengganggu emosi keluarga mangsa yang masih meratapi kesedihan kerana kehilangan anak disayangi mereka.

Sebelum ini, beliau turut mengesahkan lima individu termasuk lelaki pertama yang menemukan mayat Zayn Rayyan dan ibu bapanya sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan polis turut akan memanggil beberapa jiran di kawasan kediaman itu dan juga pihak sekolah kanak-kanak terbabit. – 9 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

Related