Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1702107445:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 263
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 143730
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-115833
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-115833
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:76:"Unit K9 dari Bukit Aman turut tiba di tempat kejadian bagi membantu siasatan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Unit forensik zayn Rayyan
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Unit K9 dari Bukit Aman turut tiba di tempat kejadian bagi membantu siasatan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 59
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748426350";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:9;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748089193";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:12;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748426350
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Unit forensik tiba di lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan | Scoop

Unit forensik tiba di lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan

Unit K9 dari Bukit Aman turut tiba di tempat kejadian bagi membantu siasatan

3:37 PM MYT

 

PETALING JAYA – Unit forensik tiba di lokasi mayat Zayn Rayyan Abdul Matiin yang berusia enam tahun ditemui, sehari selepas dia dilaporkan hilang.

Anggota unit dari polis Selangor dilihat memeriksa kawasan mayat kanak-kanak lelaki itu ditemui pada malam Rabu lalu.

Seekor anjing pengesan dari Unit K9 Bukit Aman turut dikerahkan untuk membantu siasatan kes pembunuhan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib turut tiba untuk memantau operasi di lokasi, manakala petugas media diarahkan untuk tidak berada dekat dengan tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis akan terus mengumpul maklumat daripada penduduk pangsapuri terbabit.

Ketika dihubungi, beliau berkata, polis akan mengambil keterangan daripada penduduk di 15 blok pangsapuri lain selepas melakukan soal siasat dari rumah ke rumah dan memeriksa tiga blok perumahan membabitkan 540 unit rumah.

“Kami mempunyai banyak perkara yang perlu diteliti semasa siasatan kami. Kami akan mendapatkan kenyataan daripada penduduk supaya kami dapat mengecilkan siasatan kami,” katanya.

Kematian tragis Zayn Rayyan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana ada unsur jenayah pada tubuh mangsa yang ditemui di anak sungai kira-kira 100 meter (m) dari kediaman keluarganya di sini.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebelum ini berkata, kanak-kanak itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di sini.

Justeru, beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan suspek adalah orang yang biasa dengan kawasan tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan semalam berkata, bedah siasat ke atas Zayn Rayyan mendapati tiada kesan kecederaan lama menjurus kepada penderaan kanak-kanak itu. – 9 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Umur persaraan hakim syarie dicadang dinaikkan kepada 66 tahun

Umur persaraan Hakim Mahkamah Syariah di negara ini, dicadang dilanjutkan daripada 60 tahun kepada 66 tahun ketika ini.

Pembangkang patut semak imbang Kerajaan Perpaduan secara munasabah, ‘laksana tanggungjawab moral anda’: Najwan

Pembangkang dicabar memainkan peranan mereka sebaik mungkin untuk melakukan ‘semak dan imbang’ dengan munasabah dalam situasi kestabilan pentadbiran ditunjukkan Kerajaan Perpaduan ketika ini

Man found in Bezza near car boot sale died over five days ago, say police 

Subsequently, Petaling Jaya deputy police chief M. Hussin Sollehuddin Zolkifly called on witnesses of the incident to come forward to the nearest police station to assist with the investigations. 

Related