Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1702217630:16
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 260
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 144164
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 16
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:181:"Ketika ini, pihak berkuasa berpuas hati dengan langkah diambil Perkeso, namun tindakan berterusan akan dilaksana demi memastikan kebajikan kira-kira 573,000 penerima faedah terjamin";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Perkeso
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Ketika ini, pihak berkuasa berpuas hati dengan langkah diambil Perkeso, namun tindakan berterusan akan dilaksana demi memastikan kebajikan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 53
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748413903";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:6;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748075955";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:8;i:1;}}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748193380";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:17;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748413903
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Sistem Perkeso digodam: Proses forensik giat dijalankan untuk teliti unsur jenayah komersial | Scoop

Sistem Perkeso digodam: Proses forensik giat dijalankan untuk teliti unsur jenayah komersial

Ketika ini, pihak berkuasa berpuas hati dengan langkah diambil Perkeso, namun tindakan berterusan akan dilaksana demi memastikan kebajikan kira-kira 573,000 penerima faedah terjamin

6:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Proses forensik kini giat dijalankan sebagai sebahagian siasatan berhubung kes serangan siber dan penggodaman dihadapi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), bagi meneliti kewujudan unsur jenayah komersial.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, usaha pasca krisis turut meliputi pengemaskinian kelancaran operasi semua sistem Perkeso.

Menurutnya, ia demi memastikan kebajikan kira-kira 573,000 penerima faedah direkodkan di seluruh negara ketika ini sentiasa terjamin.

“Pihak Perkeso mengadakan perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), kelmarin.

“Perbincangan bersama tiga pihak berkuasa itu bertujuan memperhalusi langkah diambil Perkeso, mencakupi empat perkara utama dalam menghadapi serangan siber yang dikesan bermula pada sekitar jam 7 petang, Sabtu lalu,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, empat perkara itu merangkumi pengaktifan Pelan Kesinambungan Perniagaan (BCP); pengukuhan sistem komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) Perkeso; melakukan siasatan forensik dalaman serta pelaksanaan pelan komunikasi.

“Ketika ini, pihak berkuasa berpuas hati dengan langkah diambil Perkeso, namun tindakan susulan dan berterusan akan dilaksana dengan kerjasama rapat pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

“Mesyuarat dengan MKN bersetuju untuk melakukan laporan polis sebaik hasil siasatan forensik dalaman mendapati ada eleman jenayah komersial,” katanya.

Bagaimanapun, Azman berkata, butiran lanjut berhubung data didakwa dicuri dan dipaparkan di laman sesawang gelap (dark web), belum boleh diperincikan kerana tertakluk kepada proses siasatan.

“Jaminan saya, siapa pun penggodam yang menjadi dalang di sebalik serangan siber ini akan diheret ke muka pengadilan.

“Perkeso tidak akan berkompromi dalam soal perlindungan data peribadi yang dijadikan kepentingan utama demi negara,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, Perkeso akan terus memperkukuh infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dari semasa ke semasa, dengan panduan daripada NACSA, MKN dan agensi berkaitan.

“Perkeso juga melaksanakan amalan terbaik bagi memastikan tiada kelompongan sistem untuk dimanipulasi anasir penggodam pada masa kini serta akan datang.

“Sementara itu, komitmen Perkeso ke arah menyalurkan bantuan dan faedah kepada kira-kira 573,000 penerima di seluruh negara setakat ini, sentiasa diberi penekanan utama,” katanya.

Perkeso mengesahkan sistem, pangkalan maklumat dan laman sesawangnya digodam sejak 2 Disember lalu.

Bagaimanapun, pengurusan agensi itu memberi jaminan bahawa ancaman penggodam terbabit, tidak akan merencatkan perkhidmatan mereka terhadap pencarum, majikan dan orang ramai. – 10 Disember, 2023.

Topics

 

Hangat

Former DBP chief, poet Firdaus Abdullah dies aged 79

Former Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) director-general Datuk Firdaus Abdullah, 79, who was also known as a writer and poet, died today

LGBTQ+ rights advocacy: Somebody else please, not Matty Healy

The troubled lead singer of British rock band The 1975 made global headlines this weekend following his outburst against the country’s laws governing LGBTQ+ activities during a performance at the Good Vibes Festival at the Sepang motorsport circuit on Friday.

Himpunan Freedom For Palestine dikecam, sebilangan peserta sifatkan tidak capai matlamat

Ada peserta yang mendakwa penganjur turut menggelar mereka yang mengangkat sepanduk mengecam Netanyahu sebagai ‘zionis’.

Related