Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1702215140:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 144241
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:130:"KPM akan mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima laporan lengkap dan menjalankan siasatan berhubung kejadian buli tersebut";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Daniel Akmal
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan pihak sekolah menyediakan laporan lengkap berhubung insiden seorang pelajar tingkatan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 55
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 229
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749942527";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:23;i:1;}}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749417299";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:19;i:1;i:21;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749942527
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Sekolah diarah sediakan laporan lengkap insiden buli pelajar lari asrama | Scoop

Sekolah diarah sediakan laporan lengkap insiden buli pelajar lari asrama

KPM akan mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima laporan lengkap dan menjalankan siasatan berhubung kejadian buli tersebut

9:32 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan pihak sekolah menyediakan laporan lengkap berhubung insiden seorang pelajar tingkatan dua melarikan diri dari asrama sebuah sekolah menengah di Cheras, Kuala Lumpur kerana mendakwa tidak tahan dibuli.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, KPM akan mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima laporan lengkap dan menjalankan siasatan berhubung kejadian buli tersebut.

“… ia dalam radar kita, kami telah arahkan sekolah buat laporan lengkap untuk diserahkan kepada kepada KPM, kami akan tunggu laporan tersebut sebelum mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Pelajar sekolah berasrama penuh, Muhammad Daniel Akmal yang ditemui semalam selepas dilaporkan hilang kelmarin didakwa bertindak melarikan diri dari sekolah kerana tidak tahan menjadi mangsa buli.

Ibu mangsa, Shuhada Jamaludin, 38, mendakwa, anaknya yang berusia 14 tahun itu telah dibuli dengan teruk.

KPM dalam kenyataan semalam memaklumkan pihak kementerian sedang menyiasat dakwaan buli membabitkan pelajar itu dan akan memastikan perkara tersebut diselesaikan segera.

Terdahulu, Lim yang juga Ahli Parlimen Tanjung berkata, sebanyak RM400,000 diperuntuk bagi menaik taraf papan di Jeti Chew dan Jeti Lim di sini bagi memastikan ia dalam keadaan selamat serta selesa kepada pengunjung.

Beliau berkata, kedua-dua jeti merupakan sebahagian daripada tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Saya berpuas hati dengan kerja-kerja naik taraf papan di jeti terbabit kerana kawasan tersebut memang sering menjadi tumpuan orang ramai terutama pelancong asing, jadi kami mahu memastikan papan jeti dalam keadaan selamat dan selesa kepada pengunjung.

“Sekarang hanya tinggal kerja-kerja memasang lampu di Jeti Chew dan ia tidak dapat disiapkan kerana paras air menyebabkan kerja-kerja ini terpaksa ditunda,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kedua-dua jeti hari ini.

Terdapat empat lagi jeti membabitkan perkampungan terapung terdiri daripada keluarga berketurunan Tan, Lee, Yeoh serta satu berketurunan campuran dipanggil ‘Mixed Clan Jetty’ dan kini kesemuanya menjadi lokasi pelancongan di Pulau Pinang.

Kawasan perkampungan nelayan atas laut itu sering menjadi tumpuan pengunjung termasuk dari luar negara terutama China dan Singapura. – 10 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related