Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1702365118:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:101:"Sivakumar menerima dengan hati terbuka pengguguran itu, malah akan tetap menyokong Kerajaan Perpaduan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Steven Sim
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Susulan pengguguran namanya daripada senarai Kabinet baharu seperti diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, V Sivakumar tidak ‘berkecil hati’, sebaliknya menegaskan beliau tetap memberikan sokongan berterusan kepada Kerajaan Perpaduan.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 50
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 235
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 144775
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748006748";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:13;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748006748
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Rombakan Kabinet: Sivakumar berterima kasih atas peluang, ‘banyak pencapaian KSM sepanjang setahun diselia saya’ | Scoop

Rombakan Kabinet: Sivakumar berterima kasih atas peluang, ‘banyak pencapaian KSM sepanjang setahun diselia saya’

Sivakumar menerima dengan hati terbuka pengguguran itu, malah akan tetap menyokong Kerajaan Perpaduan

3:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Susulan pengguguran namanya daripada senarai Kabinet baharu seperti diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, V Sivakumar tidak ‘berkecil hati’, sebaliknya menegaskan beliau tetap memberikan sokongan berterusan kepada Kerajaan Perpaduan.

Menerusi responnya selepas digugurkan daripada portfolio Menteri Sumber Manusia yang menyaksikan tanggungjawab itu diserahkan kepada Steven Sim Chee Keong, Sivakumar berkata, beliau akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat di Parlimen Batu Gajah.

“Tahniah saya ucapkan kepada barisan Menteri Kabinet terbaharu yang diumumkan hari ini.

“Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh anggota Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang sentiasa berusaha membantu saya dalam menerajui KSM,” katanya menerusi media sosial.

Sivakumar berkata, menerusi kerjasama diberikan semua pihak, termasuk agensi berkaitan, KSM meraih pelbagai pencapaian sepanjang setahun diterajuinya dan beliau berbangga dengan prestasi berkenaan.

“Kerjasama antara kementerian dengan seluruh agensi berjaya memperoleh begitu banyak pencapaian dalam hanya tempoh setahun di bawah seliaan saya dan sesungguhnya, saya amat berbangga dengan anda semua.

“Terima kasih Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan parti atas peluang diberikan kepada saya untuk berkhidmat di KSM selama setahun ini,” katanya.

Menerusi kenyataan sama, Sivakumar memohon maaf kepada semua pihak yang pernah berurusan dengannya sepanjang mengemudi KSM sekiranya terdapat kesalahan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Steven Sim yang diumum sebagai Menteri Sumber Manusia baharu.

“Tahniah buat Steven Sim Chee Keong yang diumum Perdana Menteri sebagai Menteri baru di KSM menggantikan saya. Selamat maju jaya,” katanya. – 12 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Water bottles, ice cubes slipped past FA Cup final security checks

KL cops say fans Mei have purchased them inside Bukit Jalil National Stadium before they were seen throwing items onto the pitch

UiTM admission policy permanent: vice-chancellor reaffirms commitment to Bumiputera-only

He confirms no change in admission policy despite Malaysian Medical Association's appeal amid specialist shortage

Saya buat lagu untuk PMX, bukan pasal parti: Yuletta Yucha

KUALA LUMPUR – Gara-gara menghasilkan lagu Vibes Anak Muda yang mengajak belia memberikan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Negeri (PRN), pempengaruh TikTok, Yuletta Yucha dikecam hebat...

Related