Ahli Parlimen, Senator kena jadi contoh hentikan tabiat merokok

Ia seiring kedudukan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara sebagai penggubal dasar serta undang-undang negara yang tertinggi: Lukanisman

2:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara disaran menjadi contoh terbaik kepada masyarakat dalam usaha kerajaan menghentikan tabiat merokok.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, ia penting seiring kedudukan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara sebagai penggubal dasar dan undang-undang negara yang tertinggi.

Beliau berkata, perkara itu perlu diberi perhatian oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat berikutan ramai dalam kalangan senator serta wakil rakyat yang merupakan perokok tegar dan lebih malang perlakuan negatif itu ditularkan menerusi media sosial.

“Penguatkuasaan (Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 kelak) perlu diambil serius. Tan Sri Yang Dipertua (Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar) saya mohon khidmat nasihat dan saranan kepada Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara agar tidak merokok.

“Kita adalah penggubal dasar, jangan pula beri contoh buruk kepada masyarakat kerana banyak gambar dan cerita (menerusi laman maya) bahawa masih ramai perokok dalam kalangan Ahli Parlimen dan Senator,” katanya dalam sesi jawab lisan di sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff yang ingin tahu langkah kerajaan memastikan penguatkuasaan undang-undang dapat membendung peningkatan merokok dalam kalangan generasi muda. – 13 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related