Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1702599456:17
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_0acbdda9d7d7e5d4c93d3e362c63e914] => Array
        (
            [0] => 
Krisis beras, benih padi tak timbul jika Bernas penuhi 10 obligasi: Mada
) [_oembed_time_0acbdda9d7d7e5d4c93d3e362c63e914] => Array ( [0] => 1702536280 ) [post_views_count] => Array ( [0] => 672 ) [_thumbnail_id] => Array ( [0] => 145499 ) [_edit_last] => Array ( [0] => 17 ) [_post_language] => Array ( [0] => Bahasa Malaysia ) [_molongui_author] => Array ( [0] => guest-99954 ) [_molongui_main_author] => Array ( [0] => guest-99954 ) [td_post_theme_settings] => Array ( [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:108:"Pesawah bukan mahu kerajaan memecahkan monopoli Bernas, tetapi mahu supaya fungsi LPN itu dapat dikembalikan";} ) [_yoast_wpseo_primary_category] => Array ( [0] => 612 ) [_yoast_wpseo_content_score] => Array ( [0] => 30 ) [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array ( [0] => 4 ) [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array ( [0] => ) [_yoast_wpseo_focuskw] => Array ( [0] => LPN ) [_yoast_wpseo_metadesc] => Array ( [0] => Padiberas Nasional Berhad (Bernas) perlu memainkan fungsi seperti Lembaga Padi Beras Negara (LPN) yang banyak menjaga kebajikan pesawah serta menjalankan obligasi mereka. ) [_yoast_wpseo_linkdex] => Array ( [0] => 69 ) [post_views_count_7_day_arr] => Array ( [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752233032";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:11;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}} ) [post_view_7days_last_day] => Array ( [0] => 4 ) [post_views_count_7_day_last_date] => Array ( [0] => 1752233032 ) [post_views_count_7_day_total] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_24_hours] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_48_hours] => Array ( [0] => 1 ) [_stopmodifiedupdate] => Array ( [0] => 1 ) [_modified_date] => Array ( [0] => ) [footnotes] => Array ( [0] => ) )
Bukan dengki, tapi Bernas perlu jaga kebajikan pesawah seperti LPN: Pesawah | Scoop

Bukan dengki, tapi Bernas perlu jaga kebajikan pesawah seperti LPN: Pesawah

Pesawah bukan mahu kerajaan memecahkan monopoli Bernas, tetapi mahu supaya fungsi LPN itu dapat dikembalikan

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Padiberas Nasional Berhad (Bernas) perlu memainkan fungsi seperti Lembaga Padi Beras Negara (LPN) yang banyak menjaga kebajikan pesawah serta menjalankan obligasi mereka.

Exco Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, Bernas masih jauh dalam memenuhi obligasi selepas konsesi disambung.

Exco Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob. – Gambar Buletin Utama, 15 Disember, 2023

“Masa zaman LPN, kebajikan kepada petani itu dilihat daripada stok penimbal (stockpile), rakyat tahu di mana stok ini disimpan. Sekarang setelah lebih 20 tahun, kita pertikai di mana stockpile kita sekarang.

“Masa kemelut beras putih tempatan (BPT) baru-baru ini, kita pertikai di mana stockpile kita sekarang.. kenapa tidak gunakan stockpile itu, (katanya) ada 2.7 juta metrik tan (stockpile) itu pergi ke mana?,” katanya kepada Scoop hari ini.

Beliau menambah, pada zaman LPN, petani yang ditimpa bencana diberikan sagu hati selain bantuan oleh Kementerian Kewangan yang diteruskan sehingga kini.

“Sekarang ini Bernas bagi apa? Tiada bagi apa-apa pun,” katanya.

Menurut Abdul Rashid, mengikut perkara lapan obligasi sosialnya, Bernas perlu memberikan dana kepada Tabung Kecemasan Bencana Padi, membabitkan sumbangan 10 peratus keuntungan jualan beras import mereka.

“Kalau dia untung RM100 juta, 10 peratus baru RM10 juta dan kami pernah lihat rekod pada 2014, keuntungan Bernas pernah mencecah RM450 juta, jadi RM45 juta kena masuk tabung itu.

“Jadi tabung itu membantu petani seluruh Malaysia yang ada masalah, contohnya menghadapi wabak penyakit padi sepatutnya secara automatik boleh menggunakan dana itu. Ini yang kita nampak tidak berlaku dengan elok,” katanya.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. – Gambar Albukhary Foundation, 15 Disember, 2023

Beliau berkata, pihaknya bukan hendak mencari salah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary tetapi bantuan RM10 juta dan RM50 juta yang diusahakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Bernas disifatkan hanyalah keuntungan tahap ‘celah kuku’ entiti itu sahaja.

“Yang sepatutnya (bantuan) dikeluarkan Bernas sepatutnya mengikut obligasi ke-8 itu. Bukan sebab dia (Syed Mokhtar) Melayu kita nak dengki, tidak, masalahnya sebab Bernas pegang lesen pengimport tunggal dan secara automotik perlu laksanakan tanggungjawab itu,” katanya.

Tegas Abdul Rashid, pesawah bukan mahu kerajaan memecahkan monopoli Bernas, tetapi mahu supaya fungsi LPN itu dapat dikembalikan.

“Mungkin bagi kerajaan untuk kembalikan fungsi LPN itu satu perkara rumit kerana penswastaan sudah berlaku, tapi kena buat pemantauan supaya Bernas turut berfungsi seperti LPN dan dapat melaksanakan obligasi itu,” katanya.

Sementara itu pesawah Kelantan, Zailan Awang berkata, antara obligasi awal sebelum konsesi Bernas disambung ialah entiti itu diharuskan mengeluar padi benih dan perlu ada ladang benih.

“Fungsi itu kurang dilaksana, namun Bernas menjamin pengeluaran benih, maknanya Bernas mendapatkan benih daripada mana sahaja janji stoknya ada.

“Sekarang tidak langsung nampak fungsi itu dan Bernas hanya diam sahaja bila isu kemelut benih padi sah berlaku sedangkan ia sebahagian dalam obligasi sosial mereka juga,” katanya.

Justeru beliau berkata, langkah paling segera perlu dibuat kerajaan yang juga terkesan dengan dasar penswastaan yang dibuat dahulu itu ialah dengan meluaskan konsesi pengeluaran benih padi.

“Bernas tidak belajar kesilapan lama, bila diteruskan konsesi, mereka makin selesa dengan keadaan itu, sedangkan fungsi dimainkan LPN sebelum ini semakin berkurangan.

“Memang petani susah sekarang ini untuk mendapatkan benih padi. Kita juga sudah mula buat kempen untuk semua pesawah menyimpan sebahagian hasil padi mereka sebagai benih padi untuk musim hadapan.

“Ikut perundangan Akta 522, pesawah tidak dibenarkan untuk simpan benih padi, tapi demi survival kita kena juga simpan, ini untuk keterjaminan makanan dan keselamatan makanan negara,” katanya.

Datuk Ismail Salleh baru-baru ini berkata, setakat ini Mada melihat obligasi itu belum sepenuhnya dipenuhi sehingga menimbulkan krisis, antaranya kekurangan BPT dan benih padi sah. – Alif Omar/Scoop, 15 Disember, 2023

Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), Datuk Ismail Salleh berkata, isu monopoli industri padi dan beras tidak akan timbul sekiranya Bernas dapat memenuhi 10 obligasi selepas konsesinya bagi pengedaran makanan ruji itu disambung kerajaan sehingga 2031.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya melihat obligasi itu belum sepenuhnya dipenuhi sehingga menimbulkan krisis, antaranya kekurangan BPT dan benih padi sah.

Menurutnya, selain obligasi tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada pesawah, Bernas perlu memastikan komitmen mereka dalam bantuan bencana, menyedia simpanan stok (stockpile) benih padi dan beras, selain perlaksanaan sistem lebih menyeluruh dalam industri itu. – 15 Disember, 2023.

Topics

 

Hangat

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Shuhaily new Bukit Aman CID director

Kuala Lumpur police chief Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain has been appointed as the Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director effective Ogos 30

Related