Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1702641155:22
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 145964
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:172:"Walaupun penggodaman itu tidak membabitkan sebarang ketirisan, Jakim mengambil langkah proaktif mengelakkan isu sama berulang, termasuk meningkatkan ciri keselamatan portal";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => jakim
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Pasukan teknikal ICT Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), sedang menjalankan siasatan dan menyediakan laporan menyeluruh berhubung isu penceborbohan portal rasmi halal agensi berkenaan.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 59
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 176
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749449975";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:6;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749860327";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749860327
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Portal digodam: Jakim arah pasukannya siasat menyeluruh, sedia laporan penuh | Scoop

Portal digodam: Jakim arah pasukannya siasat menyeluruh, sedia laporan penuh

Walaupun penggodaman itu tidak membabitkan sebarang ketirisan, Jakim mengambil langkah proaktif mengelakkan isu sama berulang, termasuk meningkatkan ciri keselamatan portal

7:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pasukan teknikal ICT Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), sedang menjalankan siasatan dan menyediakan laporan menyeluruh berhubung isu pencerobohan portal rasmi halal agensi berkenaan.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, siasatan itu termasuk menyediakan laporan menyeluruh berhubung perkara terbabit.

Menurutnya, ia bagi memastikan supaya isu sama tidak berulang.

“Sebagaimana makluman dikeluarkan Bahagian Pengurusan Halal, Jakim sebelum ini bahawa portal rasmi halal Malaysia dikesan mula diceroboh pada Sabtu, 9 Disember 2023.

“Lanjutan isu terbabit, saya sudah mengarahkan pasukan teknikal ICT Jakim untuk menjalankan siasatan dan menyediakan laporan menyeluruh berhubung perkara terbabit.

“Ia termasuk mencadangkan langkah proaktif ke arah meningkatkan ciri keselamatan portal supaya isu sama tidak berulang pada masa hadapan,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, walaupun portal itu sudah mula beroperasi kembali semalam selepas tindakan pembaikan dibuat, dengan makluman kepada pengguna berhubung pengoperasian semula terbabit dilakukan, siasatan berkenaan tetap dilaksana untuk keselamatan masa depan.

“Syukur alhamdulillah, insiden pencerobohan yang berlaku ini, tidak menyebabkan sebarang data tertiris.

“Namun, saya turut mengarahkan pasukan teknikal ICT Jakim mengambil langkah proaktif untuk mengemaskini loophole yang mungkin boleh menjadi ruang untuk penggodam menceroboh kembali ke dalam portal ini,” katanya.

Hakimah berkata, beliau juga meminta supaya proses untuk menyiapkan infrastruktur baharu di mana server, sistem operasi dan aplikasi dinaik taraf ke versi terkini.

“Proses ini sedang dilaksanakan dan saya difahamkan bahawa infrastruktur baru berkenaan akan disiapkan sebelum Januari 2024,” katanya.

Menurutnya, Jakim menyedari kerisauan pengguna mengenai ciri keselamatan sedia ada di portal halal Malaysia.

“Saya membaca semua ulasan dan pandangan netizen mengenai perkara terbabit. Terima kasih kepada anda semua yang sentiasa prihatin dan menyokong sistem pensijilan halal Malaysia.

“Insya-Allah, Jakim akan terus memperbaiki kelompongan yang ada demi keselesaan semua,” katanya.

Terdahulu, Jakim menerusi media sosialnya memaklumkan portal rasmi halal jabatan itu, www.halal.gov.my tidak dapat diakses kerana berdepan beberapa kekangan, termasuk isu penggodaman.

Bagaimanapun, semalam, Jakim menerusi satu maklumat memberitahu, portalnya kembali ‘pulih’ dan boleh diakses seperti biasa. – 15 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Related