Pegawai kanan polis didakwa membunuh pelajar tingkatan lima

Mohd Nazri Abdul Razak akan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh

9:52 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan polis, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pagi ini, atas pertuduhan membunuh pelajar tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Jumaat lalu.

Pertuduhan terhadap Deputi Superitendan itu dibacakan di hadapan Majistret S Punitha mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun tiada pengakuan direkodkan.

Menerusi laporan The Star, mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu secara melanggar motosikal mangsa dengan keretanya, sehingga mengakibatkan kematian Muhammad Zaharif Affendi.

Timbalan Pendakwa Raya diketuai Azlina Rasdi, Khairul Azreem Mamat, Wan Azimah Yaacob, Afzainizam Abdul Aziz, Saiful Akmal Mod Said, Nasrul Hadi Abdul Ghani, Geetha AP Jora Singh and Low Qin Hui.

Punitha kemudian menetapkan sebutan semula kes itu pada 7 Februari 2024.

Terdahulu, Mohd Nazri hadir ke kompleks mahkamah diiringi sepasukan anggota polis pada jam 9 pagi dengan kelihatan mengenakan seluar hitam dan baju putih, sambil menutup kepala serta wajahnya dengan jaket.

Semalam, Jabatan Peguam Negara menerusi kenyataan memaklumkan, suspek yang berusia 44 tahun didakwa hari ini di Mahkamah Majistret Ipoh berhubung insiden terbabit.

“Setelah membuat penelitian ke atas hasil siasatan dan keterangan yang dikemuka dalam kertas siasatan, jabatan ini mendapati bahawa terdapat keterangan mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan terhadap suspek.

“Justeru, suspek akan dituduh secara tentative di bawah Seksyen 302 di Mahkamah Majistret, Ipoh, pada Isnin 18 Disember 2023.

“Mahkamah Majistret kemudian akan menetapkan tarikh untuk memindahkan kes terbabit ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk tujuan perbicaraan,” katanya.

Dalam kejadian pada jam 12.30 tengah hari itu, Muhammad Zaharif Affendi, 17, yang juga pelajar SMK Jati, meninggal dunia selepas dilanggar sebuah kereta berhampiran pintu pagar utama sekolahnya.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal, ingin pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan.

Susulan insiden terbabit, suspek ditahan pada hari kejadian sebelum dikenakan tempoh reman tiga hari bermula Sabtu lalu, bagi membantu siasatan.

Terdahulu, Scoop melaporkan, Ketua Polis Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan menerusi kenyataan berkata, hasil bedah siasat ke atas mayat pelajar terbabit mendapati, punca kematian adalah kecederaan di dada dan abdomen akibat kemalangan jalan raya.

Beliau turut mengesahkan pemandu yang terbabit dalam kemalangan melanggar pelajar itu, adalah seorang anggota berpangkat pegawai kanan polis dari Kontinjen Kedah yang kemudian direman tiga hari sejak Sabtu lalu berhubung insiden berkenaan.

Jelasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan melindungi sesiapa termasuk pegawai sendiri sekiranya mempunyai bukti kukuh.

“Orang ramai diminta tidak membuat spekulasi yang boleh menganggu siasatan atau boleh menimbulkan sebarang kegusaran awam,” katanya. – 18 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related