Peralihan tenaga bersih perlu sokongan menyeluruh, terutama kewangan: PM

Malaysia percaya peralihan tenaga seharusnya saksama, inklusif dan adil dengan tindakan ke arah kemajuan merangkumi model kolaborasi serta kerjasama rogresif

1:21 PM MYT

 

TOKYO – Usaha menangani cabaran dan meraih peluang dalam tenaga bersih, di samping memastikan ‘peralihan yang saksama’, memerlukan sokongan menyeluruh terutama melibatkan pembiayaan, insentif, teknologi dan infrastruktur, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Malaysia juga percaya peralihan tenaga seharusnya saksama, inklusif dan adil, dengan tindakan ke arah kemajuan merangkumi model kolaborasi dan kerjasama yang progresif.

“Oleh itu, Malaysia akan mengalu-alukan sokongan dan kerjasama berterusan dari Jepun, Australia, dan lain-lain memandangkan kita berusaha untuk mempercepat perjalanan peralihan tenaga kita,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Pemimpin Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC) di sini, pada Isnin.

Kata Perdana Menteri, Malaysia, dengan sendiri, akan terus mengutamakan penyelesaian praktikal yang memacu kemajuan, mengimbangi cita-cita berkaitan iklim, kelestarian dan pertumbuhan ekonomi.

“Kerajaan (di bawah pentadbiran) saya pada Ogos telah melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) Malaysia, yang mengambil daripada, antara lain, inisiatif AZEC,” katanya.

Anwar berkata, Malaysia optimis AZEC akan berfungsi sebagai platform bagi tempoh yang panjang, menggalakkan kerjasama yang saling memberi manfaat bersama dalam peralihan tenaga, khususnya di rantau itu.

AZEC ialah platform kerjasama yang bertujuan memajukan usaha keneutralan karbon dan peralihan tenaga untuk mencapai sasaran pelepasan sifar.

Perdana Menteri dan isteri bersama pemimpin Asean serta pelajar tempatan melepaskan tanglung berwarna-warni di Menara Tokyo sempena Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Jepun hari ini. – Gambar Pejabat Perdana Menteri, 18 Disember, 2023

Jepun komited untuk menyediakan sokongan kewangan sehingga US$8 bilion bagi tempoh sehingga 2030 untuk projek tenaga boleh baharu serta inisiatif penjimatan tenaga di negara anggota AZEC.

Negara AZEC termasuk Australia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Jepun, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Anwar turut memuji Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida atas inisiatif AZEC.

Sementara itu, Kishda ketika menyampaikan ucapan perasmian di sidang kemuncak itu berkata, Jepun bersedia membantu Asean merealisasikan pelepasan sifar melalui pelbagai usaha.

Penyahkarbonan yang hadir dengan pelbagai cabaran dan inovasi adalah faktor utama untuk Jepun bersedia meneraju usaha itu, katanya.

Beliau berkata, Dasar Asas Transformasi Hijau (GX) Jepun menetapkan pengawalseliaan, pembiayaan dan keutamaan pembangunan teknologi untuk transformasi hijau pelbagai sektor perindustrian, dengan tonggak utama dasar tersebut adalah sokongan untuk peralihan tenaga di Asia.

Kishida berkata, berlandaskan dasar yang dilancarkan pada 2022 itu, lebih 350 projek telah dilancarkan di negara rakan AZEC dengan kerjasama daripada pelabur Jepun.

Beliau yakin bahawa pasaran penyahkarbonan akan menarik modal dari seluruh dunia walaupun penyahkarbonan AZEC membabitkan kos yang tinggi. – 18 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related