Tiada arahan wajibkan suntikan dos penggalak

Fahmi Fadzil menegaskan, ia cuma salah faham yang berlaku akibat media sosial

1:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada arahan atau kewajipan untuk seluruh rakyat Malaysia mengambil suntikan dos penggalak vaksin susulan peningkatan kes Covid-19 seperti yang tular di media sosial ketika ini, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) buat masa ini, hanya menggalakkan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin Covid-19, terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi.

“Ini sedikit salah faham yang berlaku akibat media sosial, sebelum kita sebar maklumat, tolong pastikan kandungan sebenar, kadang-kadang antara tajuk dan isi kandungan dia agak berbeza, dan saya sarankan supaya kita teliti dahulu (kandungan),” katanya kepada pemberita di Wisma Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan agensi berita Xinhua yang turut dihadiri Ketua Pengarang Bernama (yang juga menanggung tugas Ketua Pegawai Eksekutif), Nur-ul Afida Kamaludin.

Turut hadir, Pengerusi Bernama, Datuk Seri Wong Chun Wai.

Fahmi Fadzil (tengah) menyaksikan MoA antara Ketua Pengarang Bernama, Nur-ul Afida Kamaludin (duduk, kiri) dengan Pengarah Biro Wilayah Asia-Pasifik Agensi Berita China Xinhua, Wang Jinfu (duduk, kanan) di Wisma Bernama hari ini. – Gambar Bernama, 18 Disember, 2023

Fahmi berkata, beliau juga akan bertemu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bagi menyarankan beliau untuk mengadakan perjumpaan dengan ketua pengarang akhbar dan media di negara ini, dalam memperjelas isu berkaitan dos penggalak tersebut.

Berhubung isu dakwaan bahawa warganegara China yang menyertai dan mendapat pas bagi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) layak mendapat status penduduk tetap (PR) negara ini, Fahmi berkata perkara itu hanyalah fitnah dan tohmahan tidak berasas, yang dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab.

Fahmi berkata, adalah jelas dan nyata bahawa sesiapa pun yang ingin mendapat kewarganegaraan Malaysia, perlu melalui proses dan saringan ketat.

“Kerajaan akan jamin keadaan terkawal dan tidak mudah untuk kita dengan begitu sahaja menyerahkan atau mengurniakan status kewarganegaraan, kepada sesiapa sekali pun,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media kononnya seorang menteri didakwa membuat pengumuman bahawa, warganegara China yang menyertai dan mendapat pas bagi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), layak mendapat status penduduk tetap (PR) negara ini.

Dilapor, Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Mas Ermieyati Samsudin membuat kenyataan itu di aplikasi X, selepas mendakwa ‘mendengar cerita’ mengenai perkara itu.

Fahmi berkata beliau kesal kenyataan itu dibuat Pengerusi PAC sendiri, yang mempunyai kuasa dan hak untuk memanggil dan mendapatkan penjelasan di Parlimen, namun gagal berbuat demikian.

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related